Collector
JPJ kembalikan urusan tukar hak milik kenderaan dalam talian - Anthony Loke | Collector
JPJ kembalikan urusan tukar hak milik kenderaan dalam talian - Anthony Loke
Sinar Harian

JPJ kembalikan urusan tukar hak milik kenderaan dalam talian - Anthony Loke

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersetuju untuk mengembalikan perkhidmatan urus niaga Tukar Hak Milik (THM) kenderaan secara dalam talian serta-merta dan sebarang penangguhan sistem untuk penambahbaikan, akan dilaksanakan semasa cuti panjang hujung minggu ini.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, keputusan itu dicapai hasil perbincangan bersama Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, susulan laporan media berhubung penangguhan perkhidmatan itu malam tadi."JPJ telah memaklumkan kepada Kementerian Pengangkutan (MOT) berkenaan penyalahgunaan dan penipuan berlaku dalam sistem pertukaran hak milik menyebabkan liabiliti yang perlu ditanggung oleh JPJ. Justeru, JPJ perlu membuat penambahbaikan sistem dalam talian pada kadar segera."Namun, saya telah menasihati JPJ supaya memastikan kerja penambahbaikan sistem tidak menggangu urusan harian pengguna biasa dan tidak menyebabkan kesesakan besar di pejabat JPJ," katanya dalam catatan di Facebook pada Isnin.Media sebelum ini melaporkan penangguhan sementara semua urus THM kenderaan secara dalam talian berkuat kuasa hari ini, melibatkan semua saluran digital termasuk portal awam, kios serta rakan niaganya MyEG dan eAuto Sdn Bhd. - Bernama

Go to News Site