Sinar Harian
ALOR SETAR - Suspek lelaki yang menikam di leher seorang wanita di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah, Kepala Batas di sini akan dituduh esok.Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, ejen hartanah berusia 32 tahun itu akan didakwa pada jam 9 pagi di Mahkamah Sesyen di sini.Terdahulu, reman suspek telah disambung hingga Rabu selepas tempoh reman seminggu tamat pada Ahad.Media sebelum ini melaporkan seorang wanita cedera parah di leher dalam satu kejadian pada jam 9.19 malam pada 17 Mei selepas dipercayai ditikam lelaki dikenali di hadapan sebuah restoran.Suspek dipercayai melarikan diri selepas kejadian, namun berjaya ditahan oleh polis di kawasan Masjid Taman Uda di sini pada jam 1.50 pagi.Pihak berkuasa kemudiannya menemui pisau ‘rambo’ enam inci yang dipercayai digunakan untuk menikam di bahagian leher mangsa.Penemuan senjata berkenaan sejauh 200 meter dari lokasi kejadian di kawasan sawah telah dipandu arah oleh suspek sendiri dan polis menyifatkan sebagai perkembangan positif dalam siasatan kes berkenaan.Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Go to News Site