Collector
Tragedi bot penyelamat terjatuh: ​'Happy birthday kakak' ucapan terakhir Hafifi sebelum maut | Collector
Tragedi bot penyelamat terjatuh: ​'Happy birthday kakak' ucapan terakhir Hafifi sebelum maut
Sinar Harian

Tragedi bot penyelamat terjatuh: ​'Happy birthday kakak' ucapan terakhir Hafifi sebelum maut

KUALA TERENGGANU - Seorang pekerja pelantar minyak sempat menitipkan ucapan hari lahir terakhir kepada adiknya sebelum maut dalam tragedi bot penyelamat terjatuh di Platform Sepat, perairan Terengganu-Kelantan pada Ahad.​Ucapan menyayat hati itu dihantar oleh mangsa, Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 38, kepada adiknya, Nurul Ain Safiqah Ab Majid, 32, menerusi aplikasi WhatsApp keluarga pada 18 Mei lalu, kira-kira jam 10.31 pagi.​"Happy birthday kakak, semoga murah rezeki dan dipermudahkan urusan," memetik kandungan pesanan ringkas terakhir tersebut.​Adik bongsunya, Nurul Ain Shazwani Ab Majid, 30, berkata, pesanan berkenaan kini menjadi kenangan terakhir mereka sekeluarga terhadap anak keempat daripada tujuh beradik itu yang disifatkan sebagai seorang penyayang.​"Abang memang seorang yang penyayang dan suka bantu orang. Kali terakhir dia aktif dalam WhatsApp keluarga sewaktu ucapan hari lahir kakak," katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada Isnin.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga pekerja pelantar minyak maut, bot penyelamat terjatuh ke dalam lautARTIKEL BERKAITAN: Isteri sarat mengandung tak sangka panggilan video jadi kenangan terakhir​Menurut Nurul Ain Shazwani, Allahyarham baru sahaja kembali bertugas di luar pesisir (offshore) pada 17 Mei lalu dan dijadualkan pulang ke darat pada 1 Jun depan.​Ujarnya lagi, abangnya itu sudah lebih 10 tahun berkecimpung dalam bidang berkenaan dan berkhidmat hampir lapan tahun dengan syarikat yang sama.​"Kadang-kadang sebulan dia berada di offshore. Baru setahun lepas dia dapat kunci rumah di KotaSAS (Kuantan) dan rancang untuk jadikan rumahnya itu sebagai rumah inap.​"Malah, abang ada minta saya untuk uruskan rumahnya itu yang sepatutnya mula beroperasi bulan depan," katanya dalam nada hiba.​Jenazah Allahyarham dijangka akan disolatkan di Masjid KotaSAS Kuantan (Al-Imam Ash-Shafie) sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali.ARTIKEL BERKAITAN: 'Arwah suami tak sempat temankan saya berpantang anak kedua'ARTIKEL BERKAITAN: Petronas sahkan insiden di FSO Sepat, siasatan masih dijalankanARTIKEL BERKAITAN: Petronas sahkan insiden melibatkan pekerja kontraktornya​Dalam tragedi malang pada tengah hari Ahad, tiga pekerja pelantar minyak disahkan maut manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah selepas bot penyelamat yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam laut di perairan berkenaan.​Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor mengesahkan kejadian berlaku kira-kira jam 12.50 tengah hari melibatkan kesemua mangsa warga tempatan.​Beliau berkata, ketika kejadian, kesemua mangsa sedang menaiki bot berkenaan untuk turun ke laut bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di bahagian bawah platform tersebut.​Jelas beliau, insiden itu dipercayai berpunca apabila tali atau cangkuk (hook) yang dipasang pada bot penyelamat berkenaan tiba-tiba tercabut, sekali gus menyebabkan kesemua mangsa bersama bot tersebut terjatuh ke dalam laut.

Go to News Site