Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Kerajaan memandang serius insiden maut melibatkan tiga pekerja kontraktor di platform Sepat di perairan Terengganu-Kelantan semalam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menerusi hantaran di laman X, beliau berkata, siasatan menyeluruh sedang dilaksanakan pihak berkaitan bagi mengenal pasti punca kejadian.Anwar berkata, kerajaan juga akan memastikan aspek keselamatan pekerjaan sentiasa diperkukuh demi melindungi kebajikan pekerja negara."Takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa dan mendoakan agar mereka diberikan kekuatan serta ketabahan menghadapi dugaan yang amat berat ini dan moga mangsa yang sedang menerima rawatan dikurniakan kesembuhan segera," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga pekerja pelantar minyak maut, bot penyelamat terjatuh ke dalam lautIsteri sarat mengandung tak sangka panggilan video jadi kenangan terakhir'Arwah suami tak sempat temankan saya berpantang anak kedua'Semalam, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, kejadian berlaku pada jam 12.50 tengah hari semasa semua mangsa dipercayai menaiki sebuah bot penyelamat yang berada di atas platform untuk turun ke laut bagi menjalankan kerja penyelenggaraan di bahagian bawah platform itu.Bagaimanapun, tali atau cangkuk yang dipasang pada bot itu dipercayai tercabut menyebabkan kesemua mangsa terjatuh ke dalam laut bersama-sama bot.Mereka yang maut ialah Ahmad Fiqri Zakaria, 38, dari Batu Berendam, Melaka; Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, 28, (Kuantan, Pahang); dan Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 38, (Bandar Indera Mahkota, Pahang).ARTIKEL BERKAITAN: Petronas sahkan insiden di FSO Sepat, siasatan masih dijalankanPetronas sahkan insiden melibatkan pekerja kontraktornyaTragedi bot penyelamat terjatuh: 'Happy birthday kakak' ucapan terakhir Hafifi sebelum mautSeorang lagi mangsa, Mohd Taufik Mohd Ruslan, 37, dari Banting, Selangor dilaporkan cedera parah dan masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.Sementara itu, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dalam kenyataan pada Isnin mengesahkan insiden itu melibatkan tiga pekerja kontraktornya maut manakala seorang lagi cedera parah dan memaklumkan siasatan berhubung punca insiden sedang dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa berkaitan. - Bernama
Go to News Site