Collector
Jenazah dua pekerja insiden FSO Sepat selamat dikebumikan | Collector
Jenazah dua pekerja insiden FSO Sepat selamat dikebumikan
Sinar Harian

Jenazah dua pekerja insiden FSO Sepat selamat dikebumikan

KUANTAN – Jenazah dua pekerja tragedi bot penyelamat yang terjatuh di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO) Sepat di perairan Terengganu-Kelantan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali di sini pada Isnin.Jenazah Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 38, dan Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, 28, dibawa secara berasingan dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu selepas selesai proses bedah siasat.Terdahulu, jenazah Nik Muhammad Hafifi Asri tiba di Masjid Imam Ash-Shafie, KotaSAS kira-kira jam 2.40 petang sebelum disolatkan.Jenazah Allahyarham kemudian tiba di tanah perkuburan sebelum urusan pengebumian selesai kira-kira jam 5.56 petang.Sementara itu, jenazah Muhammad Faezuan Hakim tiba di tanah perkuburan sama dan urusan pengebumian selesai kira-kira jam 6.44 petang.Ratusan penduduk setempat, ahli keluarga serta kenalan hadir memberi penghormatan terakhir.Pada Ahad, media melaporkan dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari, tiga pekerja pelantar minyak maut manakala seorang lagi cedera parah selepas bot penyelamat dinaiki mereka terjatuh ke laut ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di FSO Sepat.Seorang lagi mangsa yang maut ialah Ahmad Fiqri Zakaria, 38, manakala Mohd Taufik Mohd Ruslan, 37, cedera parah dan sedang menerima rawatan di HSNZ.

Go to News Site