Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Ketua Geng Rames yang aktif dalam kegiatan jenayah terancang diberkas pada 22 Mei lalu.Suspek ditahan menerusi Op Tiga yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dengan kerjasama pihak berkuasa India dan Thailand semasa dalam penerbangan dari Bangkok, Thailand ke Hyderabad, India sebelum dibawa pulang ke Malaysia.Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, suspek aktif di kawasan Sungai Petani, Kedah.Menurutnya, suspek ditahan berdasarkan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Sungai Petani pada 25 Mac selain mempunyai notis merah Interpol yang dikeluarkan pada 24 April lalu."Tangkapan dibuat terhadap suspek kerana menjadi ahli suatu kumpulan jenayah terancang dan disiasat di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan."Suspek yang direman sehingga 29 Mei turut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh dalam dua kejadian berasingan di kawasan Padang Serai dan Bedong, Kedah sekitar Februari dan Ogos 2024," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa India dan Thailand atas kerjasama erat yang diberikan.Katanya, PDRM menegaskan komitmen berterusan dalam menegakkan kedaulatan undang-undang demi memastikan keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat diutamakan.
Go to News Site