Collector
51 lelaki terlibat parti liar songsang, dadah di hotel mewah dicekup | Collector
51 lelaki terlibat parti liar songsang, dadah di hotel mewah dicekup
Sinar Harian

51 lelaki terlibat parti liar songsang, dadah di hotel mewah dicekup

KUALA LUMPUR - Aktiviti pesta liar dipercayai melibatkan dadah dan hubungan songsang di sebuah hotel mewah di ibu negara terbongkar selepas polis menahan 51 lelaki pada Sabtu lalu.Serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur serta Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields antara jam 2.35 pagi hingga 5 pagi.Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussien Omar Khan berkata, tangkapan melibatkan 23 lelaki tempatan dan 28 lelaki warga asing berusia antara 21 hingga 52 tahun."Serbuan turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai keseluruhan RM103,070 dalam operasi berkenaan."Antara dadah yang dirampas ialah cecair MDMA seberat 1.15 kilogram, serbuk MDMA (284 gram), pil ekstasi (8.56 gram), serbuk ekstasi (8.7 gram) dan ketamin (11.61 gram)," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Katanya, sebelum serbuan dilakukan, pihak polis mengesan seorang lelaki dipercayai menghadiri parti terbabit diusung keluar dari lobi hotel dalam keadaan tidak sedarkan diri."Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital," katanya.Tambah beliau, siasatan mendapati kumpulan terbabit dipercayai menjadikan bilik hotel berkenaan sebagai lokasi berhibur dan menyalahgunakan dadah selain terbabit dalam aktiviti tidak bermoral."Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati 36 individu positif dadah manakala 15 lagi negatif," ujarnya.Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952."Semua suspek direman antara tiga hingga enam hari bagi membantu siasatan lanjut."Semakan turut mendapati seorang daripada suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah," katanya.Hussien berkata, kejayaan operasi itu hasil risikan berterusan JSJN dalam usaha membanteras kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di negara ini."Polis Diraja Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam aktiviti dadah kerana ia merupakan kesalahan serius di sisi undang-undang."JSJN komited memerangi dadah demi melindungi generasi masa kini dan akan datang kerana dadah adalah musuh nombor satu negara," katanya.Beliau turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti dadah supaya menyalurkannya menerusi Hotline JSJN di talian 012-208 7222.

Go to News Site