Collector
Insiden FSO Sepat: Ahmad Fiqri penderma darah setia di Hospital Melaka | Collector
Insiden FSO Sepat: Ahmad Fiqri penderma darah setia di Hospital Melaka
Sinar Harian

Insiden FSO Sepat: Ahmad Fiqri penderma darah setia di Hospital Melaka

SHAH ALAM - Allahyarham Ahmad Fiqri Zakaria yang terkorban ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di Platform Sepat, di perairan Terengganu-Kelantan merupakan penderma darah setia di bank darah Melaka yang aktif.Menerusi satu hantaran di media sosial pada Isnin, Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Melaka memaklumkan, pendermaan darah terakhir Allahyarham direkodkan pada 15 Mei lalu di Pusat Pendermaan Darah Hospital Melaka."Jasa dan pengorbanan Allahyarham amat dihargai dan akan sentiasa dikenang."Semoga roh semua mangsa dicucuri rahmat dan ahli keluarga diberi kekuatan serta ketabahan," menurutnya.Ahmad Fiqri dan dua lagi pekerja pelantar minyak dilapor maut manakala seorang lagi cedera parah selepas bot penyelamat (life boat) yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam laut di Platform Sepat, perairan Terengganu-Kelantan pada Ahad.​Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu, kesemua mangsa yang merupakan warga tempatan sedang menaiki bot berkenaan untuk turun ke laut bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di bahagian bawah platform tersebut.​Insiden itu dipercayai berpunca apabila tali atau cangkuk (hook) yang dipasang pada bot penyelamat berkenaan tiba-tiba tercabut, menyebabkan kesemua mangsa bersama bot tersebut terjatuh ke dalam laut.

Go to News Site