Collector
Hanya tiga AJK PKR Cabang Shah Alam keluar parti - Najwan | Collector
Hanya tiga AJK PKR Cabang Shah Alam keluar parti - Najwan
Sinar Harian

Hanya tiga AJK PKR Cabang Shah Alam keluar parti - Najwan

SHAH ALAM - Hanya tiga ahli Jawatankuasa (AJK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Shah Alam yang mengesahkan telah keluar parti secara sukarela berbanding 21 yang didakwa sebelum ini.Ketuanya, Mohd Najwan Halimi berkata, tindakan tersebut dipercayai didalangi oleh seorang Ahli Parlimen PKR yang kecewa susulan kekalahan dalam pemilihan parti merebut jawatan di peringkat pusat dan cabang tahun lalu.ARTIKEL BERKAITAN: 'Tindakan keluar parti tidak melemahkan PKR, hanya proses pembersihan dalaman'Tiada cawangan terbubar, hanya satu kes di Tanjung Malim - Pengerusi PKR Perak"Siasatan dan semakan terperinci dijalankan terhadap senarai nama dalam kenyataan media yang didakwa berlaku tindakan keluar parti secara besar-besaran."PKR Cabang Shah Alam kekal utuh dan tidak akan tunduk dengan 'rencana makar' oleh pemimpin yang bersifat gunting dalam lipatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Sebelum ini media melaporkan, seramai 21 AJK PKR cabang itu bersama sebahagian besar pimpinan termasuk wanita mengumumkan peletakan jawatan dan pengunduran daripada parti berkuat kuasa serta-merta.AJK tersebut dalam satu kenyataan pada Isnin mendakwa, keputusan itu dibuat ekoran hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti dan ketua cabangnya.Menurut kenyataan itu, AJK berkenaan yang dipilih melalui pemilihan parti tidak dirunding atau dilibatkan dalam beberapa keputusan penting termasuk pelantikan politik dan urusan organisasi cabang.Malah, dakwanya, beberapa keputusan dibuat tanpa perbincangan rasmi bersama AJK yang dipilih walaupun proses konsultasi dan penghormatan terhadap mandat kepimpinan diperuntukkan dalam perlembagaan parti.

Go to News Site