Sinar Harian
ALOR GAJAH - Mangsa terakhir yang maut dalam kejadian bot penyelamat terjatuh ke laut ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO) Sepat dekat perairan Terengganu-Kelantan pada Ahad, selamat dikebumikan di sini, malam ini.Allahyarham Ahmad Fiqri Zakaria, 38, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang kira-kira 9.20 malam selepas selesai disembahyangkan di Masjid Al-Najihin Padang Sebang.Terdahulu, suasana sayu menyelubungi saat van jenazah yang membawa Allahyarham tiba di pekarangan masjid berkenaan pada 8.35 malam selepas bertolak dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada 2.54 petang sebaik proses bedah siasat selesai dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik HSNZ.ARTIKEL BERKAITAN: Insiden FSO Sepat: Ahmad Fiqri penderma darah setia di Hospital MelakaTragedi bot penyelamat terjatuh: 'Happy birthday kakak' ucapan terakhir Hafifi sebelum mautSolat jenazah kemudiannya diimamkan oleh ayah Allahyarham sendiri, Zakaria Mohamed bersama-sama hampir 200 ahli keluarga, penduduk kampung dan kenalan yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Ahmad Fiqri.Dalam kejadian pada 12.50 tengah hari Ahad, tiga pekerja pelantar minyak maut, manakala seorang lagi cedera parah.Jenazah Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 38, dan Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, 28, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali di Kuantan, Pahang petang Isnin.Mohd Taufik Mohd Ruslan, 37, yang mengalami kecederaan parah sedang dirawat di HSNZ. - Bernama
Go to News Site