Collector
Rombakan Liverpool bermula selepas Salah, Robertson ucap selamat tinggal | Collector
Rombakan Liverpool bermula selepas Salah, Robertson ucap selamat tinggal
Sinar Harian

Rombakan Liverpool bermula selepas Salah, Robertson ucap selamat tinggal

LIVERPOOL dijangka memasuki fasa rombakan besar pada jendela perpindahan musim panas ini selepas tamat musim 2025/2026, dengan perubahan skuad sudah mula dirancang di bawah kendalian Arne Slot.Perkembangan itu hadir susulan prestasi The Reds yang dianggap tidak mencapai sasaran, meskipun kelab telah melabur besar dalam usaha memperkuatkan skuad.Ketidakkonsistenan sepanjang musim turut memberi tekanan sebelum Liverpool berjaya mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara (UCL) selepas menewaskan Brentford.Namun, kelayakan ke saingan Eropah itu tidak mengubah perancangan jangka panjang kelab yang kini bersedia melakukan penyusunan semula skuad secara menyeluruh, termasuk kemungkinan beberapa pemain senior turut meninggalkan pasukan.Antara nama yang menjadi perhatian ialah penjaga gol, Alisson Becker yang sebelum ini dikaitkan dengan Juventus, namun difahamkan masih selesa kekal di Anfield buat masa ini.Di benteng pertahanan, Joe Gomez terus menarik minat AC Milan, lebih-lebih lagi selepas kehadiran Jeremy Jacquet dijangka meningkatkan persaingan di posisi tersebut.Rhys Williams pula disahkan akan meninggalkan kelab pada musim panas ini.Di bahagian tengah, Wataru Endo dikatakan tidak berpuas hati dengan minit permainan, manakala Curtis Jones kembali berada dalam radar Inter Milan.Alexis Mac Allister turut dikaitkan dengan perpindahan walaupun minat terhadapnya tidak dianggap terlalu serius pada ketika ini.Barisan jentera serangan turut dijangka mengalami perubahan dengan Federico Chiesa berpotensi dilepaskan selepas gagal mengekalkan prestasi konsisten sejak tiba di England, sementara Harvey Elliott tidak berada dalam perancangan utama selepas tempoh pinjaman kurang meyakinkan di Aston Villa.Dalam masa sama, Liverpool turut berdepan isu kontrak melibatkan beberapa tonggak yang kini memasuki tahun terakhir perjanjian, termasuk Ibrahima Konaté yang masih belum mencapai kata sepakat mengenai lanjutan kontrak walaupun sebelum ini memberi isyarat untuk kekal.Situasi turut membabitkan penjaga gol simpanan, Freddie Woodman yang dilaporkan mahukan jaminan minit permainan walaupun menunjukkan prestasi baik ketika diturunkan menggantikan Alisson atau Giorgi Mamardashvili.Di sebalik perkembangan itu, Liverpool terlebih dahulu mengesahkan perpisahan dua tonggak utama, Mohamed Salah dan Andy Robertson, sekali gus menandakan berakhirnya satu era penting di Anfield.Salah dan Robertson menamatkan perjalanan sembilan tahun bersama kelab sejak 2017, dengan kedua-duanya memainkan peranan besar dalam kejayaan menjulang UCL serta dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris, selain membentuk budaya kemenangan dalam pasukan.Setakat ini, destinasi baharu kedua-dua pemain masih belum diputuskan, namun Robertson dikaitkan dengan Tottenham Hotspur, manakala Salah terus menjadi buruan kelab-kelab kaya dari Arab Saudi.Rombakan besar ini bakal menjadi ujian pertama Arne Slot dalam membentuk skuad baharu Liverpool, dengan keputusan di jendela perpindahan dijangka menentukan hala tuju kelab dalam saingan domestik dan Eropah musim depan.

Go to News Site