Collector
Lembu sado jadi pilihan Aidiladha | Collector
Lembu sado jadi pilihan Aidiladha
Sinar Harian

Lembu sado jadi pilihan Aidiladha

TAIPING – Jika sebelum ini lembu tempatan menjadi pilihan utama bagi ibadah korban sempena Aidiladha, kini permintaan terhadap lembu sado dilihat semakin meningkat apabila semakin ramai pembeli sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan haiwan bersaiz besar yang menawarkan hasil daging lebih banyak.Biarpun harganya lebih tinggi berbanding lembu biasa dengan nilai mencecah sehingga RM15,000 seekor, permintaan terhadap lembu sado didakwa terus mendapat tempat terutama dalam kalangan mereka yang mahukan nilai lebih besar dari segi kuantiti dan kualiti daging korban.Penternak, Mohd Afiq Shaharim berkata, perusahaan keluarganya yang diusahakan sejak 2001 kini mempunyai kira-kira 385 ekor lembu pelbagai baka termasuk brahman dan Kedah-Kelantan (KK), dengan lapan daripadanya terdiri kategori lembu sado.Menurutnya, fokus terhadap penternakan lembu sado bermula sekitar tahun 2018 selepas mendapat pendedahan daripada pegawai veterinar mengenai potensi baka premium dalam industri ternakan tempatan."Pada awalnya kami tidak nampak potensi besar lembu sado ini, tetapi selepas diberi pendedahan mengenai pembiakbakaan melalui permanian beradas (AI), kami mula cuba."Sekarang ini permintaan semakin ada terutama dalam kalangan pembeli yang mahukan lembu berkualiti tinggi sama ada untuk korban atau tujuan pembiakan," katanya.Beliau berkata, harga seekor lembu sado ketika ini mencecah RM7,000 hingga RM8,000 seekor dan ada juga yang ditawarkan sehingga RM10,000 bergantung kepada saiz serta baka.Katanya, bagi ibadah korban pula, satu bahagian lembu sado ditawarkan sekitar RM750 hingga RM850, sedikit lebih tinggi berbanding lembu biasa kerana nilai daging yang lebih premium."Daging lembu sado lebih lembut dan berkualiti, hampir setanding daging premium seperti wagyu."Itu yang membuatkan ada pelanggan sanggup bayar lebih," katanya.Di PONTIAN, penternak muda yang juga adik-beradik, Mohd Izzuddin Tugiman dan Mohd Ihtisam turut melihat peningkatan permintaan terhadap lembu sado khususnya menjelang Aidiladha.Menurut Izzuddin, haiwan tersebut mendapat permintaan kerana saiz badannya yang besar selain jumlah daging hampir dua kali ganda berbanding lembu biasa."Dulu orang tengok pelik sebab saiz besar dan harga mahal, tetapi sekarang ramai yang cari lembu sado sebab puas hati dapat lebih banyak daging."Kalau lembu biasa sekitar 300 kilogram, lembu sado boleh capai sehingga 700 kilogram."Biarpun harga seekor lembu sado boleh cecah RM15,000, ia tetap dapat permintaan setiap tahun," katanya.Sementara itu, Mohd Izzuddin berkata, kos penternakan lembu sado juga agak tinggi kerana memerlukan sekurang-kurangnya lima kilogram dedak sehari selain makanan tambahan dan rawatan kuku secara berkala.Menurutnya, saiz badan yang besar menyebabkan kuku haiwan tersebut lebih cepat haus dan berisiko mengalami masalah tempang sekiranya tidak dijaga dengan baik.Sementara itu di PADANG TERAP, dua ekor lembu sado seberat kira-kira 900 kilogram di Tenang Agro Farm juga dilaporkan telah ditempah awal oleh pembeli bagi tujuan korban Aidiladha.Pemiliknya, Abdul Hadi Yusoff berkata, dua ekor lembu itu masing-masing dijual pada harga RM15,000.Menurutnya, harga semasa sebenarnya lebih rendah berbanding tahun sebelumnya apabila lembu sado dengan purata berat antara 800 kilogram hingga satu tan pernah dijual pada harga antara RM20,000 hingga RM25,000 seekor."Alhamdulillah, dua ekor lembu sado ini sudah dibeli untuk tujuan korban dan penyumbang juga bersetuju menginfakkan daging kepada fakir miskin di kampung sekitar sini," katanya.Menurut Abdul Hadi, cabaran terbesar penternakan lembu sado ialah pemilihan baka dan aspek penjagaan kerana haiwan bersaiz besar itu memerlukan pemantauan rapi bagi memastikan kesihatannya sentiasa berada pada tahap terbaik.Menurut beliau, bagi mendapatkan lembu bersaiz besar dengan berat mencecah hampir satu tan, haiwan tersebut perlu dibela sekurang-kurangnya selama tiga tahun selain bergantung kepada faktor genetik baka.Katanya, aspek pemakanan juga memainkan peranan penting kerana sebarang kesilapan dalam penjagaan boleh menjejaskan tumbesaran dan berat badan ternakan."Penjagaan lembu sado ini seperti mengasuh anak kecil kerana ia sensitif dan perlu dipantau teliti termasuk aspek kebersihan, kesihatan serta keadaan persekitarannya," katanya.

Go to News Site