Collector
HONOR Magic V6: Telefon lipat paling kebal | Collector
HONOR Magic V6: Telefon lipat paling kebal
Sinar Harian

HONOR Magic V6: Telefon lipat paling kebal

Telefon lipat semakin popular dalam dunia telefon pintar premium, tetapi masih ramai pengguna yang skeptikal terhadap tahap ketahanannya. Ada yang beranggapan telefon foldable mudah rosak, engsel cepat longgar dan kos pembaikan pula terlalu mahal.Namun semua persepsi itu akan dipatahkan oleh HONOR menerusi telefon lipat terbaharu mereka, HONOR Magic V6 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi di Malaysia.Apa yang menarik, HONOR bukan sekadar bercakap tentang ketahanan; mereka terus menguji Magic V6 dengan cabaran yang luar biasa ekstrem.HONOR menyifatkan Magic V6 sebagai telefon lipat paling kukuh pernah dihasilkan setakat ini.Direka untuk dilipat, bukan mudah patahMenurut kajian dalaman HONOR, kira-kira 33 peratus pengguna masih ragu-ragu untuk membeli telefon lipat kerana bimbang ia tidak tahan lasak dalam penggunaan harian.Antara kebimbangan paling biasa ialah engsel cepat rosak, rangka mudah bengkok dan skrin mudah retak.Bagi mengatasi isu itu, HONOR memperkenalkan HONOR Super Steel Hinge yang dibina menggunakan keluli khas berkekuatan tegangan sehingga 2,800 MPa dan dikatakan sebagai antara material gred komersial paling kuat pernah digunakan dalam peranti pengguna.Engsel ini juga telah melepasi ujian lipatan sebanyak 500,000 kali oleh SGS. Jika dianggarkan pengguna membuka dan menutup telefon sekitar 100 kali sehari, ia bersamaan lebih 13 tahun penggunaan.Untuk membuktikan kekuatan struktur tersebut, HONOR melakukan dua demonstrasi ekstrem iaitu menarik pesawat komersial sejauh 150 meter dan menghela sebuah supercar sejauh 30 meter menggunakan Magic V6.Menariknya, selepas ujian selesai, telefon tersebut masih berfungsi seperti biasa tanpa sebarang piksel mati, kerosakan skrin atau masalah pada engsel.Cabaran menarik pesawat itu turut menerima pengiktirafan rasmi daripada Asia Record dan ASEAN Record menerusi rekod Heaviest Aircraft Towed by a Foldable Smartphone.Walaupun dibina dengan struktur yang sangat kukuh, Magic V6 masih mengekalkan rekaan ultra nipis dan ringan. Telefon ini hanya seberat 219 gram, setebal 8.75mm ketika dilipat dan hanya 4mm apabila dibuka sepenuhnya.HONOR turut menunjukkan satu lagi demonstrasi unik apabila Magic V6 digunakan untuk menampung berat seorang dewasa melakukan pull-up tanpa mengalami sebarang ubah bentuk pada rangka.Secara mudahnya, jika telefon ini mampu menampung berat manusia, pengguna tentunya tidak perlu terlalu risau jika ia terhimpit dalam beg, dimasukkan ke dalam poket atau terjatuh secara tidak sengaja.Skrin lebih tahan calar dan lebih lasakSelain isu engsel, satu lagi kebimbangan utama pengguna telefon lipat ialah ketahanan skrinnya.Untuk skrin luar, HONOR menggunakan teknologi Anti-Scratch NanoCrystal Shield yang dibina menggunakan 5,600 lapisan silicon nitride.Menurut HONOR, teknologi ini memberikan:- Rintangan jatuh 10 kali lebih baik,- Rintangan calar 15 kali lebih kuat,- Rintangan lelasan tiga kali lebih tinggi, serta prestasi anti-silau tiga kali lebih baik.Kadar reflektansnya juga serendah 1.5 peratus bagi memastikan paparan kekal jelas walaupun digunakan di bawah cahaya matahari terang.Bagi menunjukkan tahap ketahanan itu, HONOR menggesek mesin gerudi pada permukaan skrin menggunakan alat yang sebelum itu digunakan untuk mengikis karat dan kertas pasir.Hasilnya, skrin tersebut masih tidak menunjukkan sebarang kesan calar.Maksudnya, jika mesin gerudi pun gagal meninggalkan kesan, kunci atau syiling dalam poket sudah tentu bukan masalah besar buat telefon ini.Untuk skrin dalam pula, Magic V6 menggunakan HONOR Magic Diamond Screen bersama kaca fleksibel UTG (Ultra-Thin Glass) yang lebih kuat berbanding lapisan plastik CPI biasa.Gabungan teknologi ini memberikan tahap kekerasan, ketahanan hentaman dan penghantaran cahaya yang lebih baik.Malah, skrin dalam Magic V6 turut menerima Pensijilan Zero-Perception Crease daripada SGS kerana kedutan pada bahagian lipatan dikatakan jauh lebih minimum berbanding kebanyakan pesaing dalam pasaran.Tahan air, tahan habuk dan kurang risiko kos pembaikan mahalTelefon lipat juga sering dikaitkan dengan masalah habuk dan air kerana reka bentuk lipatannya mempunyai banyak ruang kecil pada bahagian engsel.Jika tidak direka dengan baik, air dan habuk boleh memasuki ruang dalaman lalu menyebabkan kerosakan pada kabel fleksibel atau sistem dalaman telefon.Bagaimanapun, HONOR Magic V6 hadir dengan penarafan IP68 dan IP69 ; antara yang tertinggi dalam kategori telefon lipat.Telefon ini mampu bertahan dalam air sedalam 1.5 meter serta tahan semburan air bertekanan dan suhu tinggi.Jadi sama ada terkena hujan, percikan air ketika mencuci tangan atau digunakan dalam persekitaran lembap seperti dapur dan bilik mandi, Magic V6 direka untuk terus berfungsi tanpa masalah.Malah, HONOR turut menawarkan Jaminan Kualiti Tanpa Bimbang selama dua tahun, lebih lama berbanding tempoh standard biasa satu tahun.Pengguna juga akan menerima Perlindungan Retak Skrin Dalam dan Luar selama setahun, sekali gus membantu mengurangkan kebimbangan terhadap kos pembaikan yang biasanya tinggi untuk telefon lipat.HONOR mahu ubah persepsi telefon lipatMelalui siri ujian ekstrem ini, HONOR dilihat cuba mengubah persepsi lama bahawa telefon lipat adalah peranti yang terlalu mahal dan terlalu rapuh untuk digunakan secara harian.Menurut data pasaran terkini yang dikongsikan syarikat itu, satu daripada setiap tiga telefon lipat yang dijual kini datang daripada HONOR.Dengan rekod tersebut, HONOR percaya Magic V6 mampu menetapkan standard baharu untuk kategori foldable.HONOR Magic V6 dijadual dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 4 Jun jam 8 malam.Bagi pengguna yang berminat, HONOR turut membuka tempahan awal eksklusif bermula sekarang dengan deposit RM300.Pelanggan yang membuat tempahan awal juga akan menerima HONOR Magic Pen percuma bernilai RM499.

Go to News Site