Collector
Pengawal keselamatan maut, motosikal terbabas langgar anjing | Collector
Pengawal keselamatan maut,  motosikal terbabas langgar anjing
Sinar Harian

Pengawal keselamatan maut, motosikal terbabas langgar anjing

ALOR GAJAH - Seorang pengawal keselamatan maut selepas motosikalnya terbabas dan hilang kawalan dipercayai melanggar seekor anjing yang melintas secara tiba-tiba di Jalan Londang, Masjid Tanah di sini pada Isnin.Dalam kejadian jam 8.35 malam itu, mangsa, Mohd Azhar Mohd Noor, 43, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y16ZR disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Pekan Masjid Tanah menuju ke Londang.Menurutnya, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa dipercayai telah melanggar seekor anjing yang melintas jalan secara tiba-tiba sebelum terbabas."Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, pemeriksaan di lokasi mendapati jalan berkenaan merupakan jalan satu lorong dua hala dengan permukaan jalan kering, cuaca baik serta kawasan kejadian berada dalam keadaan gelap namun mempunyai lampu jalan.Katanya, turut ditemukan bangkai seekor anjing di tepi jalan berhampiran lokasi kejadian."Motosikal terlibat telah dibawa ke Balai Polis Trafik Alor Gajah dan akan dihantar ke PUSPAKOM bagi tujuan pemeriksaan lanjut."Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Log Gia Xao.

Go to News Site