Collector
Batal eksport NSM: Tiada pihak Malaysia patut dipersalahkan | Collector
Batal eksport NSM: Tiada pihak Malaysia patut dipersalahkan
Sinar Harian

Batal eksport NSM: Tiada pihak Malaysia patut dipersalahkan

KUALA LUMPUR – Tiada mana-mana pihak di Malaysia patut dipersalahkan dalam isu pembatalan lesen eksport sistem peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) oleh Norway kerana semua pihak berkaitan telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing mengikut prosedur dan pertimbangan terbaik ketika keputusan dibuat.Bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata, keputusan perolehan sistem persenjataan strategik itu dibuat berdasarkan keperluan operasi serta penilaian profesional pada waktu berkenaan.Menurut beliau, isu yang berlaku ketika ini perlu dilihat sebagai pengajaran penting untuk memperkukuhkan proses penilaian risiko dalam perolehan pertahanan negara pada masa hadapan, bukannya mencari kesalahan individu atau pihak tertentu."Tak ada siapa yang bersalah dalam isu ini. Pihak Malaysia tak ada siapa yang bersalah. Semua sudah laksanakan tanggungjawab masing-masing."Kita buat yang terbaik pada masa itu. Apa yang berlaku sekarang ini perlu dijadikan pengajaran terutama dari sudut penilaian risiko," katanya dalam temu bual khas bersama Sinar Harian pada Ahad.Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai isu pembatalan eksport NSM oleh Kerajaan Norway barubaru ini.Berdasarkan pengalamannya beliau menjelaskan setiap keputusan perolehan strategik sememangnya dibuat berdasarkan keperluan operasi, penilaian teknikal dan faktor semasa yang dianggap terbaik ketika itu.Menurutnya, perkara paling penting selepas insiden berkenaan ialah bagaimana Malaysia memperkemaskan sistem pengurusan risiko terutama melibatkan pembelian aset pertahanan strategik daripada negara luar.Bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu turut berkongsi pengalaman ketika bersama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang mempunyai pasukan khas pengurusan risiko bagi menilai setiap cadangan pelaburan sebelum keputusan dibuat.Katanya, setiap pelaburan akan melalui proses penilaian menyeluruh termasuk tahap risiko, kemampuan syarikat serta implikasi jangka panjang sebelum dibawa ke peringkat lembaga pengarah untuk kelulusan."Kalau risiko terlalu tinggi, kita tak akan teruskan. Dalam pertahanan juga begitu. Penilaian risiko perlu dimasukkan sebagai faktor wajib," katanya.Dalam perkembangan sama, beliau mengakui keputusan unilateral Norway membatalkan lesen eksport NSM memberi kesan besar terhadap program pemodenan TLDM terutama projek Littoral Combat Ship (LCS) dan pemodenan frigat KD JEBAT serta KD LEKIU.Menurut latar belakang projek, NSM dibangunkan oleh syarikat Norway, Kongsberg Defence & Aerospace AS (KDA) dan dipilih sebagai sistem peluru berpandu anti-kapal utama TLDM kerana keupayaan serangan jarak jauh sekitar 300 kilometer (km) serta teknologi halimunan (stealth).Malaysia memeterai kontrak pembelian 48 unit NSM pada 2018 sebelum kontrak itu ditambah pada 2024 melibatkan dua unit telemetry tambahan.NSM juga dipilih bagi menggantikan sistem peluru berpandu lama untuk Skuadron Frigat Ke-23 TLDM yang melibatkan KD JEBAT dan KD LEKIU.Bagaimanapun, semua aktiviti berkaitan NSM kini terhenti selepas Norway membatalkan lesen eksport sistem tersebut ke Malaysia.Keputusan itu menyebabkan kapal LCS pertama, MAHARAJA LELA yang dijadual diserahkan kepada TLDM pada Disember 2026 tidak dapat menjalani ujian penuh sistem persenjataan seperti dirancang.Selain itu, program pemasangan NSM pada KD JEBAT yang sedang menjalani pasang pulih (refit) turut terjejas, manakala KD LEKIU pula telah menjalani pembongkaran sistem lama tetapi tidak dapat meneruskan pemasangan sistem baharu.Mohd Anwar berkata, situasi tersebut menunjukkan risiko besar apabila sesebuah sistem strategik terlalu bergantung kepada kelulusan eksport negara pembekal.Norway ada hak batalkanBeliau menjelaskan walaupun kontrak telah dimeterai dengan syarikat pertahanan dan pembayaran dibuat, penghantaran sistem masih tertakluk kepada kelulusan kerajaan negara asal."Kita kena faham ada dua perkara berbeza iaitu kerajaan dan kontraktor. Kontraktor boleh setuju, tetapi kalau kerajaan tak luluskan eksport, sistem tetap tak boleh dihantar," katanya.Menurut beliau, pengalaman sama sebenarnya pernah berlaku di beberapa negara lain termasuk Perancis, Sweden dan Itali apabila eksport sistem pertahanan disekat akibat faktor geopolitik serta polisi luar negara.Beliau memberi contoh pembatalan penghantaran kapal Mistral oleh Perancis kepada Rusia selain tindakan beberapa negara Eropah yang pernah menahan eksport senjata kepada negara tertentu.Katanya, Malaysia sendiri pernah membeli kapal kelas Laksamana dari Itali selepas penghantaran asal kepada Iraq gagal dilaksanakan akibat isu peperangan.Dalam pada itu, pembatalan eksport NSM turut dilihat memberi kesan kewangan besar kepada negara selepas hampir RM1 bilion dibelanjakan secara langsung dan tidak langsung bagi menyokong pengoperasian sistem tersebut dalam inventori TLDM.Susulan itu, Kementerian Pertahanan kini sedang mengatur tuntutan ganti rugi dan pampasan terhadap kegagalan kontrak berkenaan.Kerajaan wajar buat tuntutanMohd Anwar berpandangan Malaysiaberhak membuat tuntutan termasuk membawa perkara itu ke tribunal timbang tara antarabangsa jika perlu."Kita tidak boleh duduk diam. Tuntutan mesti dibuat untuk mempertahankan maruah negara dan wang rakyat," katanya.Mengulas langkah penyelesaian jangka panjang, beliau berkata penilaian risiko perlu dijadikan syarat wajib dalam semua perolehan pertahanan negara selepas ini.Menurutnya, Malaysia juga perlu mendapatkan kelulusan eksport terlebih dahulu sebelum memeterai sebarang kontrak pembelian sistem strategik.Beliau berkata, pendekatan Government-to-Government (G2G) perlu dijadikan mekanisme utama bagi mengurangkan risiko pembatalan eksport pada masa hadapan.Katanya, risiko negara pengeksport menarik balik kelulusan eksport perlu diambil kira secara serius dalam setiap rundingan perolehan pertahanan."Kalau sistem itu strategik seperti peluru berpandu, kita mesti pastikan kelulusan eksport diperoleh terlebih dahulu sebelum rundingan dengan kontraktor dimuktamadkan," katanya.DIPN harus diperkukuhMenurut beliau, Malaysia juga perlu mempunyai fallback option atau pilihan alternatif bagi setiap sistem persenjataan strategik supaya kesiapsiagaan pertahanan negara tidak terjejas sekiranya berlaku perubahan polisi luar negara.Beliau turut menggesa pembangunan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) diperkukuhkan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap negara asing yang terdedah kepada risiko politik dan geostrategik.Katanya, Malaysia perlu memperkukuh industri pertahanan tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada negara luar dalam jangka panjang.

Go to News Site