Collector
Sektor korporat pemangkin kebajikan ummah | Collector
Sektor korporat pemangkin kebajikan ummah
Sinar Harian

Sektor korporat pemangkin kebajikan ummah

PUTRAJAYA – Sektor swasta disaran terus memainkan peranan lebih aktif dalam memperkukuhkan agenda kebajikan masyarakat dan pembangunan sosial negara menerusi pelbagai inisiatif berteraskan nilai Islam termasuk pelaksanaan ibadah korban.Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman berkata, dalam Islam tanggungjawab sosial tidak hanya dipikul kerajaan atau institusi agama semata-mata, sebaliknya turut melibatkan syarikat korporat dan sektor swasta.Menurut beliau, kekuatan dimiliki sektor swasta dari sudut kewangan, kepakaran pengurusan, teknologi dan jaringan masyarakat mampu menjadi pemangkin besar dalam membantu golongan memerlukan jika digerakkan berlandaskan nilai amanah dan ihsan."Sektor swasta mempunyai peranan yang sangat besar dalam memperkukuhkan kebajikan masyarakat dan membantu pembangunan sosial negara."Dalam Islam, konsep tanggungjawab sosial bukan hanya dipikul oleh kerajaan atau institusi agama semata-mata, bahkan semua pihak termasuk syarikat korporat dan sektor swasta mempunyai tanggungjawab untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat," katanya kepada Sinar Harian.Beliau berkata, penglibatan syarikat korporat dalam program kebajikan seperti ibadah korban, bantuan pendidikan, kesihatan, bencana, pembangunan masjid dan kebajikan asnaf merupakan usaha yang sangat baik serta wajar diperkasakan.Ujar Mohd Sukki, dalam konteks semasa sektor swasta bukan sahaja boleh menyumbang dari sudut kewangan, malah mampu membantu membina ekosistem masyarakat lebih baik termasuk membuka peluang pekerjaan, menjaga kebajikan pekerja dan memperkukuhkan pembangunan insan."Program kebajikan tidak boleh dilihat hanya sebagai strategi pemasaran korporat, tetapi juga perlu lahir daripada kesedaran bahawa harta dan kekayaan juga mempunyai hak masyarakat di dalamnya," katanya.Beliau turut mengingatkan bahawa setiap bentuk kebajikan dilakukan perlu berasaskan keikhlasan, amanah dan tanggungjawab sosial sebenar, bukannya semata-mata bagi tujuan publisiti atau keuntungan imej syarikat.Menurutnya, pembangunan ekonomi tidak seharusnya dipisahkan daripada nilai rahmah dan maqasid syariah kerana kesejahteraan masyarakat perlu bergerak seiring kemajuan sektor korporat."Korban bukan sekadar operasi penyembelihan atau transaksi kewangan, tetapi ia adalah ibadah yang mendidik manusia tentang keikhlasan, amanah dan kesanggupan berkorban demi agama serta membantu golongan yang memerlukan," jelasnya.Mengulas lanjut, beliau berkata, syarikat atau pengendali korban dibenarkan mengambil upah dan menguruskan korban secara profesional, namun unsur komersial tidak boleh terlalu dominan sehingga menjejaskan maqasid asal ibadah.Menurut Mohd Sukki, pengendali korban perlu memastikan setiap urusan dilaksanakan secara telus dan berintegriti termasuk melibatkan aspek harga, pemilihan haiwan, proses sembelihan serta pengagihan daging kepada penerima sasaran.Beliau berkata, pengurusan korban moden juga perlu dipantau secara teliti agar setiap pelaksanaan benar-benar memenuhi kehendak syarak dan memelihara tujuan sebenar ibadah korban.Kesedaran dalam kalangan industri dan syarikat korporatDalam pada itu, Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim menyifatkan penglibatan syarikat korporat dalam pelaksanaan ibadah korban di negara ini dilihat masih berada pada landasan syariah apabila kebanyakan pihak merujuk kepada garis panduan dan fatwa yang ditetapkan sebelum sesuatu program dilaksanakan.Ujarnya, pendekatan itu menunjukkan tahap kesedaran yang baik dalam kalangan industri dan syarikat korporat bagi memastikan ibadah berkenaan dilaksanakan mengikut kehendak hukum."Ibadah korban di Malaysia ini, satu perkara yang menariknya apabila setiap proses yang nak dilakukan ataupun ibadah korban yang nak dilakukan mereka akan merujuk kepada dasar ibadah korban yang telah ditetapkan oleh fatwa kita di Malaysia."Saya melihat proses yang dilakukan pada hari ini menepati kehendak-kehendak yang telah ditetapkan oleh hukum," katanya.Bagaimanapun beliau berpandangan masih terdapat ruang penambahbaikan khususnya melibatkan kecenderungan sesetengah pihak melaksanakan ibadah korban di luar negara sedangkan keperluan dalam negara masih besar.Menurut beliau, keutamaan sewajarnya diberikan kepada komuniti tempatan terutama golongan asnaf dan masyarakat pedalaman yang masih memerlukan bantuan makanan serta keperluan asas."Cuma apa yang perlu dilakukan oleh pihak-pihak industri ataupun pihak-pihak syarikat ini iaitu tidak ghairah untuk melakukan ibadah korban di luar negara."Kita di dalam Malaysia sendiri pun mempunyai banyak tempat yang masih memerlukan daging, masih memerlukan keperluan asas untuk diberi kepada ahli keluarga mereka."Jadi saya melihat bahawa dahulukan ibadah korban di negara kita terlebih dahulu sebelum kita berpindah ke negara orang lain. Terutamanya golongan asnaf dan komuniti yang di perdalaman," jelas Mohd Izhar.Beliau berkata, pelaksanaan korban yang disusun dengan baik bukan sahaja memenuhi tuntutan ibadah, malah mampu memberi kesan sosial yang besar kepada masyarakat khususnya ketika tekanan ekonomi semakin dirasai pelbagai lapisan rakyat.Katanya, peningkatan kos kehidupan ketika ini menyebabkan bukan sahaja kelompok B40 terkesan, malah sebahagian M40 turut berdepan keperluan untuk berjimat cermat."Ibadah korban jika kita perluaskan, jika kita jaga kaedah pelaksanaan itu, ia akan memberi impak yang cukup besar kepada sosial."Kita faham bahawa sekarang ini kumpulan B40 pun ramai, kumpulan M40 pun yang terpaksa berjimat cermat dalam keadaan ekonomi yang tidak bagus ini meningkat."Oleh sebab itu, kita dahulukan proses ibadah korban, pengagihan itu kepada golongan B40 yang ada di negara kita," katanya.Tambah beliau, pengagihan daging korban kepada kelompok memerlukan mampu membantu meringankan beban keluarga terutama dalam memenuhi keperluan makanan sepanjang bulan Zulhijjah."Jadi ini akan memberi impak yang cukup baik sebab kita membantu meringankan beban ahli keluarga untuk makan, minum pada bulan Zulhijjah ini," katanya.Perancangan menyeluruhSementara itu, Pengarah Dai Aiman Travel, Aiman Sufyan Azman menyifatkan pelaksanaan ibadah korban bukan sekadar melibatkan proses penyembelihan semata-mata, sebaliknya memerlukan perancangan menyeluruh termasuk aspek pengurusan dana, logistik dan penyelarasan pasukan di lokasi pedalaman.Beliau berkata, syarikatnya yang telah mengendalikan program korban di dalam dan luar negara sejak sembilan tahun lalu perlu memastikan setiap urusan di lapangan berjalan lancar bagi mengelakkan gangguan kepada proses agihan dan sembelihan."Kami mempunyai pasukan di lapangan dalam memastikan perjalanan ibadah korban dapat disempurnakan dengan baik."Dalam promosi pun, kami sebenarnya menggalakkan jemaah untuk ambil bahagian di surau dan masjid yang berdekatan dengan rumah. Kehadiran kami ni adalah sebagai pilihan kedua," katanya.

Go to News Site