Collector
Ejen hartanah tikam ibu tunggal tiba di mahkamah, didakwa hari ini | Collector
Ejen hartanah tikam ibu tunggal tiba di mahkamah, didakwa hari ini
Sinar Harian

Ejen hartanah tikam ibu tunggal tiba di mahkamah, didakwa hari ini

ALOR SETAR - Seorang ejen hartanah yang disyaki menikam kenalan wanitanya dalam kejadian di Titi Gajah pada 17 Mei lalu tiba di Kompleks Mahkamah Alor Setar di sini bagi menghadapi pertuduhan hari ini.Lelaki berusia 32 tahun itu yang juga seorang duda dibawa menaiki van polis dan tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 8.36 pagi.Tertuduh dijangka didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ditikam di leher oleh lelaki dikenaliSuspek tikam wanita dalam kereta sudah ditahanEjen hartanah tikam wanita direman tujuh hariJika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda, manakala jika perbuatan itu menyebabkan kecederaan, hukuman penjara boleh mencecah sehingga 20 tahun.Media sebelum ini melaporkan seorang wanita yang juga ibu tunggal kepada dua anak cedera parah di bahagian leher akibat ditikam seorang kenalan lelaki di dalam sebuah kereta di hadapan restoran di Jalan Titi Gajah kira-kira jam 9.19 malam, 17 Mei lalu.Kejadian berlaku di dalam kereta jenis Mazda ketika mangsa berada di tempat duduk pemandu manakala suspek duduk di bahagian penumpang hadapan.ARTIKEL BERKAITAN: Cemburu dipercayai punca duda tikam leher wanita dalam keretaWanita cedera ditikam selamat jalani pembedahan 10 jamSuspek dipercayai melarikan diri sejurus selepas kejadian sebelum berjaya ditahan polis ketika bersembunyi di kawasan masjid di Taman Uda kira-kira jam 1.50 pagi keesokan harinya.Siasatan mendapati suspek dan mangsa saling mengenali sejak lebih setahun lalu kerana bekerja sebagai ejen hartanah.Motif kejadian dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu atau cinta tidak berbalas.Polis turut menemukan sebilah pisau rambo yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu di kawasan sawah kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian selepas dipandu arah oleh suspek.

Go to News Site