Sinar Harian
HULU SELANGOR – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa sejak Sabtu lalu ditemukan meninggal dunia hari ini.Mangsa, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekitar pukul 11.59 pagi di kawasan kebun berhampiran lokasi dia dilaporkan hilang.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat dan satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).Menurut beliau, jenazah mangsa akan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat.Operasi SAR sebelum ini digerakkan bagi menjejaki remaja terbabit selepas dilaporkan gagal ditemui ketika menuruni bukit berkenaan. AKAN MENYUSUL
Go to News Site