Sinar Harian
ALOR SETAR - [DIKEMAS KINI] Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan ejen hartanah yang menikam kenalan wanitanya dalam kejadian di Titi Gajah pada 17 Mei dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk penilaian psikiatri.Hakim N Priscilla Hemamalini membenarkan tertuduh, Muhammad Ilhamni Badaruddin, 32, dirujuk ke hospital berkenaan mengikut Sesyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ditikam di leher oleh lelaki dikenaliSuspek tikam wanita dalam kereta sudah ditahanEjen hartanah tikam wanita direman tujuh hariPermohonan tersebut dibuat oleh peguam tertuduh, Mohd Hakim Hamran.Terdahulu, semasa pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa, tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta untuk dibicarakan.ARTIKEL BERKAITAN: Cemburu dipercayai punca duda tikam leher wanita dalam keretaWanita cedera ditikam selamat jalani pembedahan 10 jamPisau ‘rambo’ 6 inci dipercayai digunakan tikam ibu tunggal ditemui di sawahBerdasarkan pertuduhan, Muhammad Ilhami didakwa melakukan cubaan membunuh dengan cara menikam leher Nurul Husna Kasmani, 35, menggunakan pisau di kawasan letak kereta sebuah restoran di Titi Gajah, Kepala Batas, di sini kira-kira pukul 9.19 malam, 17 Mei lalu.Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda, manakala jika perbuatan itu menyebabkan kecederaan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.Pendakwaan tersebut dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri, Datuk Khairul Anuar Abdul Halim bersama Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fahmi Kamaluddin dan Vatchira Wong Rui Fern.Pada prosiding itu, Mohd Hakim memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya mempunyai masalah mental dan mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.Pihaknya memohon satu perintah di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah diberikan untuk tertuduh mendapatkan penilaian dan rawatan psikiatri di Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak."Ia berdasarkan alasan-alasan seperti berikut iaitu tertuduh sebelum tarikh dalam pertuduhan sedang mendapatkan rawatan psikiatri berkala di HSB bagi merawat masalah mental," katanya.Mahkamah kemudiannya tidak memberikan jaminan kepada tertuduh dan menetapkan 2 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Go to News Site