Collector
RON95 kekal RM1.99, bekalan diesel stabil hingga Ogos - PM | Collector
RON95 kekal RM1.99, bekalan diesel stabil hingga Ogos - PM
Sinar Harian

RON95 kekal RM1.99, bekalan diesel stabil hingga Ogos - PM

BUKIT MERTAJAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi memberi jaminan bekalan petrol dan diesel negara mencukupi sekurang-kurangnya hingga Ogos ini meskipun dunia berdepan ketidaktentuan ekonomi susulan konflik di Asia Barat serta gangguan laluan perdagangan di Selat Hormuz.Menurut beliau, kerajaan juga masih mampu mengekalkan harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter walaupun berlaku peningkatan kos penghantaran dan insurans kapal akibat konflik berkenaan. "Doa supaya selamat kerana hubungan baik ini membantu bekalan minyak cukup. Setakat ini kita jangka sampai Julai dan Ogos, Insya-Allah diesel cukup."Setakat yang kita mampu, minyak RON95 kekal RM1.99. Beritahu saya negara mana yang lebih murah daripada Malaysia? Tak ada, kecuali Brunei," katanya ketika berucap di Majlis Agihan Perdana Lembu Korban Madani Parlimen Permatang Pauh di sini pada Selasa.Beliau berkata, Malaysia ketika ini masih berada dalam keadaan lebih baik berbanding beberapa negara jiran yang berdepan masalah bekalan bahan api sehingga ada stesen minyak terpaksa ditutup."Di Filipina misalnya, ada yang beratur di stesen minyak dan ada ratusan stesen sudah tutup. Alhamdulillah, kita belum sampai ke situ," katanya.Anwar menambah, konflik di Asia Barat memberi kesan langsung kepada ekonomi dunia termasuk Malaysia susulan peningkatan harga minyak mentah global dan gangguan laluan perdagangan antarabangsa. Menurutnya, peningkatan kos penghantaran dan insurans kapal menyebabkan harga barangan turut terkesan namun kerajaan berusaha memastikan rakyat tidak terbeban."Minyak ada tetapi kos penghantaran naik kerana laluan Selat Hormuz terjejas. Insurans naik, tambang kapal pun naik."Tetapi setakat yang kita mampu, kita pertahankan harga minyak untuk rakyat," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, hubungan baik Malaysia dengan beberapa negara termasuk Iran membantu memastikan urusan perdagangan dan laluan kapal negara berjalan lancar.Menurutnya, Malaysia antara negara terawal yang diberikan laluan untuk melepasi Selat Hormuz ketika ketegangan memuncak di rantau itu."Kapal awal-awal dapat lepas Selat Hormuz dan sampai ke Pengerang. Hubungan baik ini membantu kita."Petang ini jam 6, Insya-ALLAH, Presiden Iran, Masoud Pezeshkian akan menghubungi saya melalui telefon. Walaupun banyak orang perli bab ini (telefon) tetapi itu tidak mengapa," ujarnya.Anwar turut menjelaskan kerajaan meneruskan pelbagai bentuk bantuan bersasar termasuk menerusi program Budi Madani bagi mengurangkan beban rakyat susulan kenaikan kos operasi dan pengangkutan. "Diesel walaupun naik, kita bagi macam-macam projek Budi Madani untuk petani, nelayan, traktor, bas sekolah dan pengangkutan, kita bantu."Cukup? Tak cukup. Kerana kita hadapi masalah. Tetapi mudah-mudahan semangat pengorbanan dengan ikhlas itu membantu kita," katanya.Pada masa sama, Anwar menyeru rakyat menghayati semangat pengorbanan sempena Aidiladha serta mensyukuri nikmat keamanan dan kestabilan yang masih dinikmati negara.Katanya, ibadah korban bukan sekadar tuntutan agama semata-mata sebaliknya mendidik umat Islam mengenai keimanan, kesabaran dan semangat membantu masyarakat."Korban itu 'sacrifice' dalam hidup dan perjuangan, kalau tidak ada semangat pengorbanan, tidak ada nilai kemanusiaan."Ibadah korban bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi manfaatnya kepada keluarga, jiran tetangga serta fakir miskin," katanya.

Go to News Site