Collector
210 jemaah haji pakej Delima TH Travel sertai program Arafah #QuranHour di Tanah Suci | Collector
210 jemaah haji pakej Delima TH Travel sertai program Arafah #QuranHour di Tanah Suci
Sinar Harian

210 jemaah haji pakej Delima TH Travel sertai program Arafah #QuranHour di Tanah Suci

MAKKAH – Suasana penuh penghayatan dan keinsafan menyelubungi Program Arafah #QuranHour yang menghimpunkan seramai 210 jemaah haji dalam satu majlis tadabur al-Quran bertemakan persiapan hati menuju kemuncak ibadah haji di Arafah.Program berkenaan menampilkan tadabur Surah Al-Muzzammil dan Surah Al-Hajj yang sarat dengan mesej pengorbanan, kesabaran, perjuangan serta hubungan hamba dengan ALLAH SWT dalam menempuh perjalanan menuju haji mabrur.Pembacaan ayat-ayat suci al-Quran telah dipimpin oleh Timbalan Mufti Selangor, Datuk Dr Haji Miszairi Haji Sitiris yang membawa para jemaah menghayati keindahan dan kekuatan mesej daripada kedua-dua surah tersebut.Sementara itu, sesi tadabur dan kupasan ayat telah dipimpin oleh Ustaz Hamdan Muhamad yang mengupas secara mendalam mesej Surah Al-Muzzammil berkaitan kekuatan qiyamullail, kesabaran dalam perjuangan serta kepentingan membina hubungan rohani dengan ALLAH sebelum menghadapi ujian besar kehidupan.Beliau turut menghuraikan kandungan Surah Al-Hajj yang mengajak umat Islam memahami makna sebenar pengorbanan Nabi Ibrahim AS, kepatuhan kepada perintah ALLAH serta seruan agung haji yang terus bergema hingga hari ini.Menurut Ustaz Hamdan, perjalanan haji bukan sekadar perpindahan fizikal menuju Mekah dan Arafah, tetapi merupakan perjalanan jiwa untuk kembali kepada Allah dengan hati yang bersih dan penuh penghambaan."Di bumi Arafah nanti, manusia tidak lagi dinilai dengan pangkat dan kedudukan, tetapi dengan keikhlasan hati dan pengharapan kepada rahmat Allah SWT," katanya ketika menyampaikan tadabur.Program tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para jemaah haji yang hadir dan dilihat teruja dengan pendekatan #QuranHour yang bukan sahaja menekankan bacaan al-Quran, malah mengajak peserta memahami mesej ayat serta menghayatinya dalam kehidupan dan ibadah haji.Rata-rata peserta menyifatkan program itu sebagai pengisian rohani yang sangat bermakna dalam mempersiapkan diri menghadapi Hari Wukuf di Arafah, selain menjadi medan muhasabah dan penyatuan hati sesama jemaah haji.

Go to News Site