Sinar Harian
KAJANG - Polis akan memanggil bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan ahli perniagaan kontroversi Albert Tei mengatakan dirinya diugut.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, laporan dibuat Albert Tei pada 13 Mei lalu."Albert Tei mengatakan menerima ugutan daripada seorang peguam daripada Tan Sri Azam mendakwa telah diugut."Susulan itu kita telah merekod keterangan pengadu iaitu Albert Tei pada minggu sama laporan dibuatnya, manakala peguam terbabit diambil keterangan semalam (Isnin)," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini pada Selasa.Tambahnya, polis juga akan memanggil Azam dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.Jelasnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat untuk mendapatkan arahan serta nasihat selanjutnya.Sebelum itu, Albert membuat laporan polis di IPD Putrajaya terhadap Azam berhubung dakwaan mengugut dan cuba menghalangnya daripada mendedahkan skandal rasuah Sabah pada November 2024.Media melaporkan Albert mendakwa dia mempunyai bukti dokumentasi lengkap, merangkumi senarai individu yang mempunyai pengetahuan terus mengenai kejadian itu.
Go to News Site