Sinar Harian
HULU SELANGOR - Seorang kanak-kanak lelaki dipercayai lemas selepas dihanyutkan arus di Sungai Nilam, Sungai Selisek di sini pada Rabu.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.40 tengah hari.Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Baru digerakkan ke lokasi kejadian."Jentera bomba tiba di lokasi kira-kira jam 2.35 petang."Komander operasi melaporkan terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dipercayai lemas selepas dibawa arus sungai," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Katanya, operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan di kawasan sungai berkenaan."Seramai lima anggota terlibat dalam operasi ini dengan bantuan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah kenderaan utiliti Hilux dan sebuah bot."Setakat ini mangsa masih belum ditemukan dan operasi pencarian diteruskan," katanya.
Go to News Site