Sinar Harian
KAMPOT, KEMBOJA – Ribuan penduduk Islam di sekitar Kampot menerima agihan daging korban menerusi program Kembara Qurban Kemboja 2026 anjuran Bank Rakyat, sekali gus membawa kegembiraan kepada keluarga yang jarang menikmati hidangan daging lembu.Menerusi program itu, sebanyak 52 lembu korban disembelih dan diagihkan kepada 5,400 keluarga di 24 perkampungan sekitar Kampot termasuk Kampung Keh dan Kampung Phum Cham pada Rabu.Ketua Pegawai Kewangan Bank Rakyat, Nor Haimee Zakaria berkata, sebanyak 52 ekor lembu bernilai lebih RM178,000 itu disumbangkan oleh Bank Rakyat bersama beberapa rakan kerjasama bagi menyempurnakan misi Program Kembara Korban Kemboja Bank Rakyat 2026."Program itu merupakan kesinambungan daripada inisiatif Kembara Kemboja yang diperkenalkan sejak 2015."'Kita mengagihkan daging lembu seberat 500 gram hingga satu kilogram bergantung kepada jumlah ahli keluarga," katanya ketika ditemui dalam Program Kembara Korban Bank Rakyat 2026 di sini pada Rabu.Nor Haimee berkata, sebanyak 31 ekor lembu disembelih di tapak Maahad Imam Syafi'e manakala lagi di 21 lembu di Masjid An Nur, Kampung Samraong."Pogram itu bertujuan menyantuni penduduk di kawasan pedalaman Kemboja yang hidup dalam serba kekurangan,."Kita juga memberi peluang kepada komuniti Islam di negara ini merasai kemeriahan sambutan Hari Raya Aidiladha," katanya.Menurutnya, antara rakan kerjasama yang terlibat termasuk, Surau Al-Barakah Menara Kembar Bank Rakyat, Maahad Imam Syafi’e Kampung Keh Kampot."Selain itu, kita turut menjalin kerjasama dengan Pusat Wakaf Endowmen Zakat Khairat dan Sedekah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Yayasan As-Syafi’e, Shafi’e Charitable Association dan Surau Bangi Perdana," katanya.Program yang berlangsung pada Rabu dan Khamis melibatkan beberapa lokasi utama di Kemboja termasuk Masjid An-Nur, Kampung Samraong serta Maahad Imam Ash-Shafie di Kampung Keh.Mengulas lanjut, Nor Haimee berkata, Bank Rakyat menyediakan Akaun Simpanan-i Tabung Qurban dengan deposit permulaan serendah RM20 bagi membantu umat Islam membuat simpanan khusus untuk ibadah korban."Inisiatif itu dilihat mampu memberi peluang kepada orang ramai merancang kewangan lebih awal secara mudah dan teratur menjelang musim ibadah korban setiap tahun," katanya.Beliau berkata, akaun simpanan tersebut terbuka kepada individu beragama Islam berusia 18 tahun ke atas selain menawarkan kemudahan perbankan internet iRakyat, Kad Debit-i dan pendaftaran korban secara dalam talian."Pengendalian ibadah korban itu turut diuruskan oleh pihak berpengalaman dan diyakini bagi memastikan proses pelaksanaan berjalan lancar," katanya.
Go to News Site