Collector
Enam suspek kes tetak disambung reman | Collector
Enam suspek kes tetak disambung reman
Sinar Harian

Enam suspek kes tetak disambung reman

KULAI – Enam lelaki warga tempatan disambung reman selama tujuh hari lagi bagi membantu siasatan kes seorang lelaki berusia 22 tahun yang maut dipercayai ditetak di Pekan Nanas, Pontian, pada minggu lalu.Perintah sambung reman terhadap semua suspek dikeluarkan Majistret R. Salini di Mahkamah Majistret Kulai selepas tempoh reman tujuh hari sebelum ini tamat pada Khamis.Terdahulu, semua suspek tiba di mahkamah dengan berpakaian lokap serta diiringi anggota polis.Kesemua suspek berusia antara 18 hingga 22 tahun itu ditahan menerusi operasi khas yang dijalankan bermula jam 8 malam, 21 Mei hingga 4 pagi, 22 Mei lalu di sekitar Batu Pahat dan Gelang Patah.Dalam kejadian pada 21 Mei lalu, mangsa ditemukan maut dalam keadaan berlumuran darah akibat kecederaan pada bahagian tangan dan kaki di hadapan sebuah kedai makan dan minuman di Pekan Nanas.Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Go to News Site