Collector
Belasah isteri kerana dadah: Pengawal keselamatan dipenjara empat bulan | Collector
Belasah isteri kerana dadah: Pengawal keselamatan dipenjara empat bulan
Sinar Harian

Belasah isteri kerana dadah: Pengawal keselamatan dipenjara empat bulan

MELAKA - Tindakan seorang pengawal keselamatan memukul isterinya sehingga cedera membawa padah apabila dihukum penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini pada Khamis.Majistret, Sharda Shienha Mohd Suleiman menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Faizzul Ridwan Ab Rahman, 36, mengaku bersalah terhadap pertuduhan ke atasnya.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya yang berusia 41 tahun di sebuah kediaman di Jalan Damai, Kampung Paya Rumput dalam daerah Melaka Tengah.Perbuatan itu dilakukan sekitar jam 8 pagi Ahad lalu.Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.Bagi kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.Sementara itu, Seksyen 326A memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua kali ganda tempoh maksimum bagi kesalahan di bawah seksyen berkenaan jika melibatkan pasangan.Mengikut fakta kes, tertuduh telah meminta wang daripada isterinya untuk membeli dadah namun ditolak kerana pengadu tidak mempunyai wang.Tertuduh kemudian telah menggunakan telefon isterinya itu untuk menghubungi ibu dan adik kandungnya untuk meminjam wang namun tidak dilayan keluarganya itu yang mematikan panggilan.Sebelum itu, tertuduh telah menendang isterinya di bahagian paha kerana wanita itu enggan bercakap dengan ibunya untuk meminjamkan wang selain memaksa pengadu keluar mencari duit sebanyak RM100 untuknya membeli dadah.Tertuduh turut mengarahkan isterinya itu membayar denda RM1,000 bagi kes dadah dihadapinya yang masih dalam perbicaraan selain mengugut mahu membakar motosikal pengadu jika tidak berbuat demikian.Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Muhammad Izzuddin Ab Malek yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan dengan alasan anak guamnya telah mengakui kesalahan itu."Tertuduh bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan pendapatan RM1,800 sebulan dan menanggung dua anak."Dia akui kesilapan dan berjanji akan lebih diplomasi dalam menyelesaikan sebarang masalah selepas ini," katanya.Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Zaidah Muhamad Zailani mencadangkan hukuman berat kerana tertuduh sebagai suami sepatutnya menjadi pelindung, bukannya menyakiti isterinya itu.Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara empat bulan bermula dari tarikh tangkap Ahad lalu.

Go to News Site