Collector
'Jasad Nur Izzati Humaira ditemui sempurna, aurat terjaga' - Anggota STORM | Collector
'Jasad Nur Izzati Humaira ditemui sempurna, aurat terjaga' - Anggota STORM
Sinar Harian

'Jasad Nur Izzati Humaira ditemui sempurna, aurat terjaga' - Anggota STORM

HULU SELANGOR - "Jasad mangsa ditemui dalam keadaan sempurna dan auratnya terjaga. Walaupun tidak pernah mengenalinya, namun saya berasa sebak apabila jasadnya ditemui."Demikian cerita anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat Malaysia (STORM), Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa bersama rakan sepasukannya yang menemukan jasad Nur Izzati Humaira Azizul di kawasan Bukit Changkat Asa di sini pada Selasa.Mohd Fakhrul, 44, berkata, suasana di lokasi pencarian ketika itu bertukar hiba sebaik mayat remaja berusia 19 tahun berkenaan ditemukan."Anggota pasukan melaungkan azan dan melafazkan kalimah syahadah sebaik penemuan mangsa. Minit terakhir operasi SAR seolah-olah memberi petunjuk supaya kami melakukan pencarian di kawasan itu sebelum menemukan jasad mangsa pada jam 11.58 pagi," katanya pada Khamis.Menurut Mohd Fakhrul, pasukan STORM digerakkan ke lokasi kejadian sejak Isnin lalu bagi membantu pencarian remaja dari Felda Trolak Utara, Sungkai, Perak itu.Katanya, pada hari terakhir operasi, pasukan penyelamat membahagikan kumpulan dan menyusuri denai serta semak berhampiran lokasi mangsa ditemukan.Tambahnya, semangat pasukan semakin kuat pada hari keempat operasi kerana yakin mangsa akan ditemukan."Kami memberi tumpuan di kawasan yang kurang kesan laluan manusia dan sekitar denai asal."Walaupun saya sudah menjangkakan mangsa tidak bernyawa sebaik melihat keadaan remaja terbabit, detik penemuan itu tetap memberi kesan emosi kepada kami," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, operasi SAR berdepan cabaran disebabkan keadaan muka bumi berbukit selain terdapat kawasan berpaya yang perlu diredah anggota penyelamat.Menurutnya, pencarian dijalankan di seluruh kawasan sekitar termasuk denai, semak dan laluan trek berhampiran lokasi kejadian.Mohd Fakhrul turut berkongsi pengalaman operasi SAR melalui aplikasi TikTok bagi memberi penjelasan kepada orang ramai mengenai proses pencarian.Sebelum ini media melaporkan, Nur Izzati Humaira dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa secara bersendirian.Mangsa dipercayai bergerak lebih awal meninggalkan ahli keluarganya akibat cuaca panas sebelum gagal ditemui.Susulan itu, operasi SAR digerakkan dengan Unit Anjing Pengesan JBPM bersama Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Bomba Sukarela, Pejabat Hutan, Pejabat Tanah, Malim Gunung serta barisan sukarelawan.

Go to News Site