Collector
Salah faham, tak puas hati punca pelajar dipukul | Collector
Salah faham, tak puas hati punca pelajar dipukul
Sinar Harian

Salah faham, tak puas hati punca pelajar dipukul

KOTA KINABALU - Salah faham dan rasa tidak puas hati dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu dipukul beramai-ramai dalam kejadian yang videonya tular di media sosial sejak Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi Jumaat lalu, mangsa berusia 13 tahun dilaporkan mengalami lebam pada bahagian bahu, kaki dan telinga kiri selain luka kecil pada lutut selepas dipukul lima pelajar perempuan lain.Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa sendiri pada keesokan harinya."Polis Daerah Kota Kinabalu mengesahkan menerima satu laporan polis berhubung kejadian seorang pelajar perempuan dipukul beramai-ramai seperti video yang tular di media sosial sejak semalam."Laporan dibuat kira-kira jam 7.51 pagi dan hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dipukul menggunakan tangan oleh lima pelajar perempuan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati mangsa dan semua suspek merupakan pelajar daripada beberapa sekolah berlainan di sekitar Kota Kinabalu dan dipercayai mengenali antara satu sama lain melalui kumpulan WhatsApp dikenali sebagai ‘Angel’."Menurut siasatan, mangsa dibawa ke lokasi kejadian oleh dua suspek sebelum kesemua mereka bertindak mengepung dan memukul mangsa dipercayai akibat salah faham serta ketidakpuasan hati terhadap mangsa."Mangsa turut mendakwa diugut supaya tidak memaklumkan kejadian itu kepada ahli keluarga atau pihak polis," katanya.Beliau berkata, kejadian itu disaksikan beberapa pelajar dan orang awam sebelum dirakam dan tular di media sosial.Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Go to News Site