Collector
Empat suspek cuba lari pemeriksaan polis diberkas | Collector
Empat suspek cuba lari pemeriksaan polis diberkas
Sinar Harian

Empat suspek cuba lari pemeriksaan polis diberkas

PETALING JAYA - Cubaan empat individu yang cuba melarikan diri selepas kenderaan dinaiki mereka dikejar polis gagal apabila kesemua suspek ditahan di Jalan Air Jernih, Air Panas, Kuala Lumpur awal pagi Khamis.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2.23 pagi selepas pihaknya menerima laporan mengenai sebuah kereta jenis Honda Odyssey dikejar kenderaan peronda polis di Persiaran Industri Kota Damansara berhampiran sebuah stesen minyak."Kenderaan itu dipercayai dinaiki empat lelaki yang cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan polis."Dalam insiden berkenaan, suspek bertindak memandu secara agresif dan berbahaya sebelum kenderaan mereka berjaya ditahan di Jalan Air Jernih, Air Panas, Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Katanya, hasil pemeriksaan terhadap kenderaan itu membawa kepada penahanan empat lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an."Polis turut menemui pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah curi dan pecah rumah."Antara peralatan yang dirampas ialah parang, pahat, playar boleh laras, dua bilah cutter, besi kuku kambing, beberapa pemutar skru serta tali ratchet," katanya.Menurutnya, semakan lanjut mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kesalahan."Suspek pertama mempunyai 16 rekod lampau dan dua rekod dikehendaki, suspek kedua mempunyai 19 rekod lampau serta dua rekod dikehendaki."Suspek ketiga pula mempunyai 15 rekod lampau dan dua rekod dikehendaki manakala suspek keempat mempunyai 16 rekod lampau," katanya.Beliau berkata, kesemua suspek kini direman selama dua hari sehingga 29 Mei bagi membantu siasatan."Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas."Kes turut disiasat mengikut Seksyen 28(i)(ii) dan Seksyen 29(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya.Tambahnya, siasatan lanjut sedang dijalankan sebelum kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau hadir ke balai polis berhampiran.

Go to News Site