Collector
Budak 10 tahun dihanyut arus ditemukan lemas 300 meter dari lokasi jatuh | Collector
Budak 10 tahun dihanyut arus ditemukan lemas 300 meter dari lokasi jatuh
Sinar Harian

Budak 10 tahun dihanyut arus ditemukan lemas 300 meter dari lokasi jatuh

HULU SELANGOR - Kehilangan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai lemas selepas dihanyut arus deras dalam kejadian di Sungai Nilam, Sungai Selisek sebelum ini akhirnya terungkai selepas mayat mangsa ditemukan pada Khamis.Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerusi kenyataan memaklumkan, mangsa ditemukan pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada jam 4.36 petang.Menurut kenyataan itu, mayat mangsa ditemui kira-kira 300 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh ke dalam sungai berkenaan. Sinar Harian pada Rabu melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dipercayai lemas selepas dihanyutkan arus di Sungai Nilam, Sungai Selisek.Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.40 tengah hari.AKAN MENYUSUL

Go to News Site