Collector
Lagi kanak-kanak lemas, tergelincir ketika memancing di tali air | Collector
Lagi kanak-kanak lemas, tergelincir ketika memancing di tali air
Sinar Harian

Lagi kanak-kanak lemas, tergelincir ketika memancing di tali air

KUDAT - Seorang kanak-kanak lelaki lemas selepas tergelincir ketika memancing di tali air di Kampung Masankong di sini pada Khamis. Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, mayat kanak-kanak berusia 11 tahun yang belum diketahui identitinya ditemukan oleh penduduk kampung. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Darikson Galanang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.59 petang. Katanya, seramai 10 anggota dikejarkan ke lokasi yang terletak sejauh 14 kilometer dari BBP Kudat. "Menurut maklumat pengadu, seorang mangsa kanak-kanak lelaki sedang memancing ikan bersama rakannya sebelum dipercayai tergelincir lalu terjatuh ke dalam tali air tersebut."Mangsa berjaya ditemukan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi," katanya dalam kenyataan. Katanya lagi, mayat seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Go to News Site