Sinar Harian
JOHOR BAHRU - Mangsa yang maut ditanduk kerbau ketika persiapan ibadah korban di Kampung Tenang, Ulu Tiram pada Rabu sempat berjalan sendiri ke sebuah kenderaan pacuan empat roda di kawasan berkenaan sebelum rebah.Anak saudara mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mira, 30-an, ketika menceritakan detik cemas itu berkata, Ahmad Shah Meerasa, 45, menggagahkan diri berbuat demikian meskipun mengalami kecederaan parah pada bahagian paha.ARTIKEL BERKAITAN: Kerbau korban mengamuk: Seorang maut, seorang patah tulang rusuk kiriLelaki cedera ditanduk kerbau korbanBeliau berkata serangan haiwan berkenaan menyebabkan mangsa tercampak dan kehilangan banyak darah, namun arwah tetap melangkah menuju ke kenderaan itu dan naik ke bahagian but belakang sebelum terbaring dan dikejarkan ke hospital."Ketika kejadian, ada ahli keluarga yang sedang makan dan ada juga yang mencuci pinggan. Arwah bersama beberapa individu lain pula sedang berusaha mengikat tali pada kerbau berkenaan."Secara tiba-tiba, kerbau itu mengamuk dan berpusing sebelum menanduk paha arwah sehingga seluar yang dipakainya koyak sampai ke bahagian atas. Darah memang terlalu banyak," katanya ketika dihubungi.Mira berkata insiden tragis pada 10 pagi itu turut mengakibatkan dua lagi individu cedera akibat diseret manakala kerbau itu masih belum dikorbankan sehingga hari ini kerana penduduk masih terkejut dengan kejadian berkenaan.Beliau berkata bapa saudaranya itu bukanlah tukang sembelih, sebaliknya hanya menguruskan persiapan bagi ibadah korban tujuh beradik, termasuk mangsa sendiri yang juga bapa kepada tiga anak. Dalam kejadian pada Rabu, mangsa disahkan meninggal dunia pada 11 malam di Hospital Sultanah Aminah (HSA) akibat kecederaan saluran darah (vaskular) kaki kiri.Polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut (SDR) dan mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah dikesan.Kes berkenaan dipanjangkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor untuk tindakan susulan. - Bernama
Go to News Site