Collector
Kehilangan Jaslinda: Gunung Batu Putih antara laluan pendakian paling mencabar | Collector
Kehilangan Jaslinda: Gunung Batu Putih antara laluan pendakian paling mencabar
Sinar Harian

Kehilangan Jaslinda: Gunung Batu Putih antara laluan pendakian paling mencabar

TAPAH – Rentasan pendakian di Gunung Batu Putih dikategorikan sebagai antara laluan paling mencabar berikutan bentuk muka bumi yang ekstrem.Malim Gunung Perhutanan Negeri Perak, Muzafar Mohamad, 50, berkata, laluan tersebut terletak dalam Hutan Simpan Kekal yang mampu mengelirukan pendaki, termasuk mereka yang berpengalaman."Laluan ini kita anggap sukar kerana pendaki perlu menggunakan keempat-empat anggota iaitu tangan dan kaki untuk mendaki serta menuruni cerun dari satu puncak ke puncak lain."Selain jarak perjalanan yang jauh, faktor ketinggian, suhu serta angin di kawasan banjaran turut menjadi cabaran utama kepada pendaki," katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Bomba di Surau At-Taqwa, Stesen Janakuasa Sultan Idris II Woh di sini pada Khamis.ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuBeliau bersama lebih 30 malim gunung dari seluruh negara menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu.Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Muzafar yang berpengalaman sebagai malim gunung sejak 1995 berkata, suhu di kawasan berkenaan boleh mencecah antara enam hingga tujuh darjah Celsius, terutama pada waktu malam atau ketika hujan."Ketika bergerak, pendaki masih boleh mengekalkan suhu badan, namun apabila berhenti dalam keadaan basah dan berangin, suhu badan boleh turun dengan cepat dan membahayakan," jelasnya.Menurut Muzafar, cabaran lain ketika ini ialah lokasi pencarian yang berada pada ketinggian kira-kira 2,000 meter serta ketiadaan liputan komunikasi."Keadaan ini menyukarkan penyampaian maklumat serta koordinasi antara pasukan di lapangan dan pusat kawalan, sekali gus memberi cabaran kepada taktikal pencarian," katanya.Beliau yang pernah mendaki Gunung Batu Putih lebih 10 kali tidak menolak kemungkinan Jaslinda tersilap memilih laluan ketika cuba turun selepas menyedari dirinya ketinggalan daripada kumpulan."Berdasarkan kronologi, mangsa dipercayai cuba mengejar kumpulan dan mengambil laluan yang hampir menyerupai laluan sebenar."Namun, kemungkinan dia hanya menyedari kesilapan itu pada hari berikutnya sebelum cuba mencari jalan keluar," katanya.Menurutnya, meskipun situasi itu mencabar, peluang untuk wanita tersebut bertahan masih ada berdasarkan pengalaman kes terdahulu melibatkan mangsa hilang di Gunung Batu Putih.ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu"Dalam beberapa kes sebelum ini, mangsa yang tersasar laluan mampu bertahan lebih lama walaupun dengan bekalan terhad dan ada antara mereka ditemui dalam tempoh dua hingga tiga hari."Kecuali satu kes pada tahun 1995, seorang pendaki dari Singapura tidak berjaya ditemui selepas tersesat di laluan gunung ini," katanya.Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan aktiviti pendakian secara bersendirian bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.Tambahnya, dalam aktiviti rekreasi seperti ini, peserta bergantung sepenuhnya kepada alam sekitar dan rakan pendakian adalah individu paling hampir untuk membantu jika berlaku kecemasan."Pastikan sentiasa berteman supaya ada yang boleh membantu dan menyampaikan maklumat kepada pihak luar sekiranya berlaku sesuatu," katanya.

Go to News Site