Sinar Harian
SEORANG pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, dilaporkan masih belum ditemui selepas dipercayai tersasar daripada laluan asal ketika menuruni Gunung Batu Putih, Perak.Kehilangan ini berlaku dalam ekspedisi Trans Spencer Chapman, laluan hutan pergunungan yang melalui Pos Gedung, Gunung Bah Gading, Gunung Batu Putih dan dijangka keluar melalui Kuala Woh.Gunung Batu Putih berketinggian kira-kira 2,132 meter, menjadikan laluan ini bukan laluan santai biasa, tetapi trek mencabar yang memerlukan stamina, pengalaman dan disiplin kumpulan yang tinggi.Ikuti kronologi Kehilangan Pendaki Jaslinda Saludin di Gunung Batu Putih 23 Mei 2026 (Sabtu)• Jaslinda Saludin, 49, menyertai ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 peserta lain dan dua malim gunung. • Pendakian bermula kira-kira jam 2 pagi melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh. 24 Mei 2026 (Ahad)• Seorang peserta pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan (sesak nafas dan muntah darah) dan berhenti bersama malim gunung di Kem Batu Kor. • Jaslinda pada awalnya turut berhenti, namun dipercayai meneruskan pendakian secara bersendirian ke puncak Gunung Batu Putih. • Mangsa kali terakhir dilihat sekitar jam 7.30 pagi oleh malim gunung sebelum dilaporkan hilang. 25 Mei 2026 (Isnin)• Operasi mencari dan menyelamat (SAR) secara rasmi digerakkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama agensi lain. ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu • Pasukan khas STORM diturunkan menggunakan helikopter ke puncak Gunung Batu Putih bagi memulakan pencarian dari kawasan tinggi. 26 Mei 2026 (Selasa)• Operasi SAR menumpukan kawasan di laluan antara Kem Sukaneka dan Gunung Rayu selepas mangsa disyaki tersasar daripada laluan asal pendakian. • Aspek peralatan dan kaedah komunikasi turut dipertingkatkan dengan kehadiran pihak SAPURA yang bertanggungjawab mengendalikan Government Integrated Radio Network (GIRN). 27 Mei 2026 (Rabu)• Petunjuk baharu ditemui termasuk botol air dan bungkusan suplemen dipercayai milik mangsa di laluan menuju Gunung Rayu. • Penemuan ini menguatkan kemungkinan mangsa tersasar dari laluan asal pendakian. 28 Mei 2026 (Khamis)• Operasi SAR memasuki hari keempat dengan penglibatan puluhan anggota pelbagai agensi termasuk JBPM, PDRM, PGA dan Jabatan Perhutanan. • Pasukan penyelamat bermalam di puncak gunung bagi mempergiat usaha pencarian. • Polis memaklumkan keterangan beberapa individu termasuk suami mangsa dan malim gunung telah diambil bagi membantu siasatan. 29 Mei 2026 (Jumaat)• Tumpuan operasi SAR beralih ke kawasan Sungai Ayer Busok berdasarkan kemungkinan mangsa turun mencari sumber air untuk kelangsungan hidup. • Pasukan penyelamat terus mengesan petunjuk baharu dengan harapan mangsa dapat ditemui dalam keadaan selamat. Status terkini setakat jam 8.30 pagi • Mangsa masih belum ditemui. • Operasi SAR diteruskan dengan penambahan kekuatan anggota dan tumpuan lokasi di laluan sungai.
Go to News Site