Sinar Harian
MELAKA - Polis menahan remaja lelaki berusia 17 tahun disyaki membekalkan vape ‘mushroom’ kepada kekasihnya berusia 14 tahun yang sebelum ini bertindak mengelar leher dan kedua-dua lengannya dalam kejadian Ahad lalu.Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, suspek ditahan pada Khamis dan direman selama lima hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001."Hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati negatif dadah."Siasatan lanjut termasuk dari manakah remaja itu mendapatkan bekalan vape ‘mushroom’ berkenaan masih diteruskan," katanya pada Jumaat.Khamis lalu, Sinar Harian melaporkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun bertindak mengelar leher dan kedua-dua lengannya menggunakan pisau dipercayai selepas dihalang keluar bersama teman lelaki dalam kejadian di rumahnya di Jonker Walk di sini.Dalam kejadian jam 10.33 malam itu, mangsa yang tidak bersekolah dipercayai bertindak di luar kawalan kerana berada di bawah pengaruh vape ‘mushroom’.Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan awal di Zon Kuning Unit Kecemasan sebelum dilaporkan stabil dan dibenarkan keluar wad pada Selasa.Mangsa dipercayai mula terjebak dengan tabiat itu sejak Februari lalu selepas diperkenalkan oleh teman lelakinya.Siasatan turut mendapati teman lelaki mangsa dipercayai individu yang membekalkan vape berkenaan kepada remaja itu.Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mendapatkan keterangan penuh serta mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Go to News Site