Collector
Kereta dari 'langit' hentam bumbung rumah | Collector
Kereta dari 'langit' hentam bumbung rumah
Sinar Harian

Kereta dari 'langit' hentam bumbung rumah

KUALA PILAH - Sebuah kereta hilang kawalan lalu terjunam ke atas bumbung sebuah rumah di kaki bukit dekat Jalan Kampung Tanjung Bachang, Seri Menanti, di sini, pada Selasa.Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan."Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku ketika pemandu kereta jenis Perodua Axia dalam perjalanan dari Seri Menanti ke Seremban."Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu kereta dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh bumbung sebuah rumah yang berada di bawah bukit," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.Beliau berkata, akibat kemalangan itu, penumpang hadapan dan belakang kereta mengalami kecederaan ringan dan masih mendapat rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah.Jelasnya, pemandu berusia 63 tahun dan seorang lagi penumpang belakang tidak mengalami kecederaan."Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.

Go to News Site