Sinar Harian
TAPAH – Walaupun sudah hampir seminggu pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, dilaporkan hilang ketika menyertai pendakian di Gunung Batu Putih, keluarganya masih menaruh harapan tinggi bahawa mangsa mampu bertahan sehingga ditemukan.Anak tirinya, Nurr Ashikin Haszman, 29, berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada perwatakan Jaslinda yang disifatkan sebagai seorang wanita lasak, berani dan mempunyai semangat yang kuat."Saya kenal ibu sebagai seorang yang kuat. Saya percaya dia boleh bertahan sehingga ditemui," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.ARTIKEL BERKAITAN: Kronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuMenurutnya, harapan keluarga semakin meningkat selepas beberapa petunjuk baharu berjaya ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan operasi."Bila dengar ada jejak ditemui, harapan itu makin kuat," katanya.Dalam pada itu, Ashikin berkata, suami Jaslinda, Haszman Othman, 61, masih setia berada di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Surau At-Taqwa, Stesen Janakuasa Sultan Idris II, Woh sejak hari pertama kehilangan mangsa pada 23 Mei lalu.Katanya, bapanya enggan meninggalkan lokasi operasi selagi isterinya belum ditemukan."Memang dari hari pertama lagi ayah dan adik ada di sini. Ahli keluarga lain datang bergilir-gilir membawa pakaian dan makanan untuk memberi sokongan."Kami cuba saling menguatkan semangat kerana dalam situasi seperti ini mereka sangat memerlukan sokongan," katanya.Jelas Ashikin, dua anak perempuan Jaslinda turut berada bersama Haszman di PKTK bagi menunggu perkembangan terkini operasi SAR.Mengulas keadaan bapanya, beliau berkata, Haszman pada awalnya banyak berdiam diri kerana terkejut dan bimbang dengan kehilangan isterinya.Bagaimanapun, keadaan itu semakin baik selepas pasukan SAR menemukan beberapa petunjuk di lokasi pencarian."Alhamdulillah, sekarang keadaan ayah okey. Kami juga pastikan dia makan dan mengambil ubat. Cuma dia memang tidak mahu meninggalkan kawasan ini selagi ibu belum ditemui," katanya.Ashikin turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi SAR yang masih diteruskan."Saya mewakili keluarga dan ayah ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pasukan penyelamat yang terlibat. Kami amat menghargai usaha mereka," katanya.Jaslinda sebelum ini dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 peserta lain serta dua malim gunung yang bermula pada jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Mangsa dan seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, dilaporkan mengalami masalah kesihatan sebelum berhenti daripada kumpulan pendakian tersebut.Bagaimanapun, Jaslinda meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi, Ahad lalu.
Go to News Site