Sinar Harian
SHAH ALAM – Aspek keselamatan, persiapan diri dan semangat berpasukan perlu diberi perhatian sebelum melakukan aktiviti mendaki bukit atau gunung bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.Pendaki solo negara, Mohd Noor Mat Amin berkata, orang ramai perlu lebih peka terhadap keadaan persekitaran sebelum memulakan pendakian."Teknologi memudahkan pendaki mendapatkan maklumat awal mengenai laluan, tahap kesukaran serta keadaan lokasi."Sekarang ini mudah, tidak seperti dahulu. Kita boleh mendapatkan maklumat persekitaran menerusi internet," katanya.Beliau yang kini menetap di Nepal dan menjalankan aktiviti membawa pendaki ke Gunung Everest dan Banjaran Himalaya berkata, pendaki juga perlu mengetahui latar belakang kumpulan atau penganjur aktiviti disertai termasuk pengalaman mereka mengendalikan pendakian selain bilangan peserta.Katanya, antara kelengkapan asas perlu dibawa ialah lampu suluh, wisel, pemetik api, tali, makanan tenaga, bekalan air mencukupi selain pisau kecil atau parang."Baju hujan juga perlu walaupun cuaca panas kerana kita tidak tahu apa akan berlaku ketika di hutan atau gunung," katanya."Peserta perlu bergerak bersama sepanjang pendakian dan tidak meninggalkan ahli kumpulan kerana boleh mengundang risiko sekiranya kecemasan."Kalau berlaku apa-apa, siapa hendak bantu? Sebab itu saya cadangkan pendaki perlu bergerak sekurang-kurangnya berdua atau berkumpulan," katanya.Mohd Noor berkata, setiap ahli kumpulan perlu saling bekerjasama bagi memastikan pendakian dapat dilakukan dengan selamat selain mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Go to News Site