Collector
Malaysia kekal unggul, raih Anugerah Labbaittom kali kelima | Collector
Malaysia kekal unggul, raih Anugerah Labbaittom kali kelima
Sinar Harian

Malaysia kekal unggul, raih Anugerah Labbaittom kali kelima

MAKKAH – Malaysia terus mengekalkan kecemerlangan dalam pengurusan haji apabila berjaya meraih Anugerah Labbaittom buat tahun kelima berturut-turut, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara model pengurusan haji terbaik di peringkat antarabangsa.Lebih membanggakan, bagi musim haji 1447H/2026M, negara sekali lagi menerima pengiktirafan tertinggi kategori Diamond daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, menjadikannya kemenangan kedua berturut-turut dalam kategori berprestij berkenaan.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, pencapaian tersebut membuktikan keunggulan ekosistem pengurusan haji Malaysia yang diterajui Lembaga Tabung Haji (TH) dalam menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia kepada jemaah haji.Menurut beliau, pengiktirafan itu merangkumi keseluruhan rantaian perkhidmatan yang disediakan kepada jemaah bermula daripada aspek penerbangan, penginapan, logistik, pengangkutan, keselamatan sehinggalah kepada penyediaan makanan."Ini membuktikan bahawa Tabung Haji di bawah Kerajaan Malaysia memberikan perkhidmatan dan kualiti terbaik. Kita memberikan tumpuan sepenuhnya untuk memastikan kualiti yang terbaik buat jemaah kita," katanya ketika ditemui pada Jumaat.Mengulas faktor yang menyumbang kepada kejayaan tersebut, beliau berkata, Malaysia terus melangkah ke hadapan dengan mengintegrasikan teknologi terkini termasuk kecerdasan buatan (AI) dalam pengurusan haji.Menurutnya, beberapa aplikasi yang menggunakan teknologi AI telah diperkenalkan bagi membantu memudahkan urusan jemaah sepanjang berada di Tanah Suci."Bukan itu sahaja, kita turut melancarkan kempen Green Hajj (Haji Lestari) dan kempen kebersihan bagi memastikan kelestarian alam sekitar terjaga, sekali gus menunjukkan ekosistem kita adalah yang sangat menyeluruh," katanya.Dalam pada itu, Dr Zulkifli berkata, kualiti jemaah haji Malaysia turut mendapat pengiktirafan apabila terus dikekalkan sebagai antara jemaah haji terbaik di dunia.Beliau berkata, tahap disiplin dan akhlak tinggi yang dipamerkan jemaah haji Malaysia menjadi contoh kepada negara lain serta sentiasa mendapat pujian daripada pihak berkuasa Arab Saudi."Jemaah haji kita terus kekal sebagai yang terbaik dengan disiplin dan akhlak mereka. Inilah yang kita mahukan supaya Malaysia sentiasa menjadi contoh dan 'role model' kepada dunia," ujarnya.Pada masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada pengurusan tertinggi serta seluruh warga kerja TH atas dedikasi serta komitmen mereka dalam memastikan kelancaran operasi haji negara.Beliau berkata, kejayaan tersebut merupakan hasil kerja keras seluruh warga TH yang sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik demi kebajikan jemaah dan mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa."Tahniah kepada Tabung Haji, para pendeposit dan seluruh rakyat Malaysia. Kita telah membuktikan bahawa Malaysia benar-benar mendunia di persada antarabangsa," katanya.

Go to News Site