Collector
Kehilangan Jaslinda: Pasukan penyelamat guna kamera pengawasan kesan mangsa | Collector
Kehilangan Jaslinda: Pasukan penyelamat guna kamera pengawasan kesan mangsa
Sinar Harian

Kehilangan Jaslinda: Pasukan penyelamat guna kamera pengawasan kesan mangsa

IPOH - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kini menggunakan rakaman kamera pengawasan bagi membantu menjejaki pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di kawasan Gunung Batu Putih, Gopeng.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, dua anggota Team Pelindung daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bersama pasukan penyelamat ditugaskan mendapatkan cip kamera pengawasan yang dipasang di sekitar laluan pencarian.Menurutnya, langkah itu diambil bagi meneliti rakaman yang mungkin dapat membantu mengesan pergerakan mangsa di kawasan berkenaan."Seramai 16 anggota tambahan dihantar ke lokasi pencarian pada pagi ini menggunakan pesawat AW139 bagi memperkukuh operasi SAR."Pasukan Team Pelindung Perhilitan bersama anggota penyelamat akan pergi mengambil cip kamera pengawasan di sekitar lokasi laluan bagi memantau sekiranya mangsa dapat dikesan melalui rakaman tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, pasukan tambahan itu terdiri daripada enam anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM), dua anggota Team Pelindung Perhilitan, lima anggota Jabatan Perhutanan dan tiga Malim Gunung Perhutanan (MGP).Jelasnya, kesemua mereka dihantar ke Puncak Gunung Batu Putih dan lokasi titik winching baharu di Kem Kantoi.Sabarodzi berkata, pasukan sedia ada yang berada di lokasi pencarian sejak semalam melibatkan 34 anggota.Katanya, ketika ini jumlah keseluruhan anggota penyelamat yang berada di lokasi pencarian setakat pagi Sabtu seramai 50 orang.Operasi SAR diteruskan dengan memberi tumpuan kepada beberapa lokasi strategik termasuk laluan pendakian dan kawasan yang dikenal pasti berpotensi dilalui mangsa.Jaslinda sebelum ini dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 peserta lain serta dua malim gunung yang bermula pada jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Mangsa dan seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, dilaporkan mengalami masalah kesihatan sebelum berhenti daripada kumpulan pendakian tersebut.Bagaimanapun, Jaslinda meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi, Ahad lalu.ARTIKEL BERKAITAN: 'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu

Go to News Site