Collector
Chelsea perli Arsenal selepas impian Eropah berkecai | Collector
Chelsea perli Arsenal selepas impian Eropah berkecai
Sinar Harian

Chelsea perli Arsenal selepas impian Eropah berkecai

CHELSEA mencuri perhatian penyokong bola sepak apabila memuat naik hantaran media sosial yang dilihat menyindir Arsenal sejurus kekalahan seteru London itu pada final Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi Ahad.Arsenal gagal menjulang trofi berprestij itu buat kali pertama dalam sejarah kelab selepas tewas 3-4 menerusi penentuan penalti kepada Paris Saint-Germain (PSG) selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 hingga tamat masa tambahan di Puskas Arena, Budapest.Tidak lama selepas perlawanan berakhir, Chelsea memuat naik promosi lawatan ke Stadium Stamford Bridge dengan memaparkan trofi Liga Juara-Juara bersama kapsyen "Datang dan lawati rumah trofi London".Perkongsian berkenaan pantas mencetuskan perdebatan dalam kalangan penyokong yang menganggap ia sindiran terhadap Arsenal yang masih belum pernah menjuarai kejohanan itu.Chelsea kekal sebagai satu-satunya kelab London yang pernah menjulang Liga Juara-Juara, dengan kejayaan diraih pada 2012 dan 2021.Hantaran terbabit segera tular di media sosial apabila menerima ribuan reaksi dan komen daripada penyokong pelbagai kelab yang turut mengusik Arsenal susulan kekalahan berkenaan.Beberapa pemain dan figura bola sepak turut dilaporkan mengambil kesempatan menghangatkan suasana dengan pelbagai hantaran berkaitan keputusan final itu.Walaupun pulang hampa dari Budapest, Arsenal masih boleh berbangga dengan pencapaian musim ini selepas menamatkan kemarau 22 tahun untuk muncul juara Liga Perdana Inggeris.Namun, kegagalan membawa pulang trofi Eropah bermakna skuad kendalian Mikel Arteta itu sekali lagi terpaksa menangguhkan impian untuk mengakhiri penantian panjang mereka di pentas tertinggi bola sepak benua itu.

Go to News Site