Collector
Gaya permainan Arsenal menyedihkan - Rooney | Collector
Gaya permainan Arsenal menyedihkan - Rooney
Sinar Harian

Gaya permainan Arsenal menyedihkan - Rooney

LEGENDA England, Wayne Rooney melontarkan kritikan tajam terhadap pendekatan permainan Arsenal ketika aksi final Liga Juara-Juara selepas menyifatkan gaya bertahan mereka sebagai terlalu pasif dan kurang meyakinkan.Menurut Rooney, Arsenal dilihat terlalu cepat merendahkan blok pertahanan selepas menjaringkan gol, sekali gus menyerahkan penguasaan kepada lawan untuk tempoh yang panjang."Arsenal tidak boleh berpuas hati dengan cara itu. Selepas mendahului, mereka terlalu ramai berada di belakang bola."Itu bukan ciri pasukan yang mahu dianggap sebagai juara sebenar," katanya.Beliau turut menegaskan pendekatan tersebut menunjukkan kurang keyakinan untuk mengekalkan kelebihan, sebaliknya lebih kepada usaha mengelak daripada dibolosi."Bertahan itu penting, tetapi apabila hampir semua pemain berada di kawasan sendiri terlalu lama, ia lebih kepada ketakutan berbanding keyakinan," katanya.Rooney turut membandingkan pendekatan Arsenal dalam final itu dengan corak permainan mereka sepanjang musim, yang menurutnya berkesan tetapi tidak cukup menghiburkan sebagai sebuah pasukan elit Eropah."Pasukan besar menguasai permainan dengan kreativiti, penguasaan bola dan keberanian, bukan hanya bertahan untuk mempertahankan satu gol," ujar Rooney yang mengangap prestasi keseluruhan Arsenal masih jauh daripada standard juara Eropah.

Go to News Site