Sinar Harian
IPOH – Seorang anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Ablim Bahari, muncul antara wira di sebalik Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang pendaki wanita yang hilang di kawasan Gunung Batu Putih, Gopeng, sejak 25 Mei lalu.JBPM Perak menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, Ablim yang berasal daripada komuniti Orang Asli suku Semai dari Kampung Chenderong Kelubi, Sungai Galah, merupakan antara anggota kumpulan pertama yang diatur gerak ke lokasi operasi bagi mencari Jaslinda Saludin, 49.Sepanjang operasi tersebut, beliau bersama pasukan penyelamat melaksanakan pelbagai tugasan kritikal termasuk menyediakan lokasi winching point di Kem Batu Core bagi memudahkan operasi udara dijalankan.Selain itu, Ablim turut membantu proses penyerahan seorang pendaki lelaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, kepada Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB) selepas mangsa dilaporkan mengalami masalah kesihatan ketika berada di kawasan gunung berkenaan.Beliau yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah itu juga terlibat secara langsung dalam usaha menjejak dan mencari keberadaan Jaslinda yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih.ARTIKEL BERKAITAN: Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuKomitmen tinggi, ketahanan fizikal serta semangat juang yang ditunjukkan Ablim sepanjang operasi itu menjadi antara faktor penting dalam memastikan misi SAR dapat dilaksanakan dengan lancar dan selamat.Pengorbanan serta dedikasi anggota penyelamat seperti beliau mencerminkan peranan besar yang dimainkan setiap anggota pasukan dalam usaha menyelamatkan nyawa dan membantu masyarakat ketika berdepan situasi kecemasan.
Go to News Site