Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Aspek kebajikan anggota serta kesiapsiagaan pasukan menjadi tumpuan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus ketika melakukan lawatan mengejut ke Balai Polis Tun H.S. Lee dan Balai Polis Chow Kit pada Sabtu.Lawatan ke dua-dua balai di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi itu antara lainnya bagi melihat sendiri keadaan infrastruktur serta kemudahan anggota yang bertugas di lapangan.Polis Kuala Lumpur menerusi hantaran di Facebook rasmi memaklumkan, lawatan mengejut itu dilaksanakan bagi memantau pematuhan terhadap prosedur kerja yang ditetapkan selain menilai tahap kesiapsiagaan pegawai dan anggota."Lawatan mengejut ini bertujuan meninjau sendiri tahap kesiapsiagaan pegawai dan anggota dalam melaksanakan tugas serta memantau pematuhan terhadap prosedur kerja yang ditetapkan."Ia juga bagi menilai keadaan infrastruktur dan kemudahan balai, di samping meneliti aspek kebajikan warga pasukan," menurut hantaran itu pada Sabtu.Menurut hantaran itu, lawatan berkenaan juga menjadi platform mendapatkan maklum balas secara terus daripada anggota di lapangan."Pendekatan itu bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepolisan dilaksanakan dengan lebih berkesan, profesional dan berintegriti."Selain itu, ia bagi mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh peringkat bawahan," kata hantaran itu.Turut mengiringi lawatan tersebut ialah Timbalan Ketua Polis Balai Tun H.S Lee, Sub Inspektor Syed Sulaiman Syed Mohamed dan Timbalan Ketua Polis Balai Chow Kit, Sub Inspektor Rosman Leman.
Go to News Site