Collector
MIC hormati keputusan PN | Collector
MIC hormati keputusan PN
Sinar Harian

MIC hormati keputusan PN

IPOH – MIC menghormati keputusan Perikatan Nasional (PN) yang memutuskan tidak lagi membuka ruang kepada parti tersebut untuk menyertainya.Presidennya, Tan Sri SA Vigneswaran berkata, MIC tidak mempunyai masalah dengan mana-mana parti dalam PN termasuk Pas di sebalik keputusan tersebut."Apabila tawaran itu diberikan sebelum ini, kepimpinan PN diterajui oleh Bersatu dan ketika itu MIC memang bersedia untuk menyertainya."Bagaimanapun keputusan muktamad tidak dibuat. Apabila berlaku perubahan kepimpinan, mandat yang diberikan oleh akar umbi MIC adalah berdasarkan kepimpinan yang diterajui Bersatu ketika itu," katanya kepada pemberita.Beliau berkata selepas merasmikan Sambutan Hari Keluarga MIC sempena ulang tahun ke-80 parti itu di Taman DR Seenivasagam di sini pada Ahad.Hadir sama Naib Presiden MIC, Datuk T Murugiah dan Pengerusi MIC Perak, Tan Sri M Ramasamy.Dalam pada itu, Vigneswaran menegaskan MIC kekal bersama Barisan Nasional (BN) ketika ini walaupun tidak diberikan peranan dalam kerajaan Perpaduan.Beliau menyifatkan, isu jawatan bukan sebagai perkara utama dalam perjuangan parti.Katanya, MIC mampu terus berfungsi dan berkhidmat kepada masyarakat walaupun tanpa sebarang jawatan dalam kerajaan."Kerusi penting, tetapi tidak sepenting menjaga hak semua kaum. Kita tidak ada jawatan pun tidak merajuk."Kalau kita kembali kepada asas perjuangan parti, jawatan hanya melibatkan segelintir individu. Yang lebih mustahak ialah memastikan hak semua kaum dipelihara dan dijamin," katanya.Beliau turut menegaskan MIC masih relevan dalam landskap politik negara kerana parti berasaskan kaum memainkan peranan penting sebagai platform untuk membincangkan keperluan masyarakat masing-masing dalam suasana masyarakat majmuk.Katanya, parti-parti komponen dalam BN dapat duduk semeja dan mencari penyelesaian terbaik untuk semua kaum selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial yang diamalkan sejak merdeka.Pada 17 Mei lalu, Sinar Harian melaporkan keputusan menerima MIC sebagai parti anggota PN sebelum ini kini tidak lagi relevan dan terbatal susulan ketiadaan pengesahan parti itu menyertai gabungan tersebut.Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN.

Go to News Site