Collector
Polis keluarkan 73 saman dalam Op Samseng Jalanan | Collector
Polis keluarkan 73 saman dalam Op Samseng Jalanan
Sinar Harian

Polis keluarkan 73 saman dalam Op Samseng Jalanan

BALING - Sebanyak 73 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan menerusi Op Samseng Jalanan dilaksanakan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling di Kampung Bukit Pak Kuning, Kuala Ketil pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Brandon Richard Joe berkata, operasi yang bermula jam 5 petang hingga 1 pagi itu bertujuan membanteras kegiatan samseng jalanan dan meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya.Menurutnya, sebanyak 23 motosikal disita bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa."Sepanjang operasi dijalankan, pihak polis telah membuat pemeriksaan terhadap 67 individu dan 61 kenderaan."Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai kesalahan lalu lintas telah dikesan, sekali gus membawa kepada pengeluaran 73 saman," katanya.Menurutnya, operasi turut dibantu anggota Tugas Am IPD Baling.Beliau berkata, ia dilaksanakan secara bersepadu bagi mengesan serta mengambil tindakan terhadap individu yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas, khususnya yang boleh mengancam keselamatan awam.Beliau berkata, orang ramai, khususnya golongan remaja dan penunggang motosikal, dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas."Mereka juga dinasihatkan tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang boleh membahayakan diri sendiri mahupun pengguna jalan raya yang lain sehingga boleh mengakibatkan kemalangan, kecederaan atau kehilangan nyawa," katanya.

Go to News Site