Sinar Harian
TAPAH - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih berdepan risiko ancaman hidupan liar apabila pasukan penyelamat mengesan kehadiran najis dipercayai milik haiwan berbahaya termasuk harimau kumbang.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, penemuan tersebut dikenal pasti oleh pasukan yang berada di lapangan sepanjang operasi pencarian dijalankan.Menurutnya, walaupun berdepan risiko berkenaan, pasukan SAR tetap meneruskan operasi dengan mengutamakan aspek keselamatan selain mengelakkan kawasan yang dikenal pasti berbahaya."Berdasarkan maklumat pasukan penyelamat di lokasi, memang kita ada menemui najis haiwan liar dan yang berbahaya pun ada."Kita mengutamakan langkah keselamatan serta menghindari kawasan tersebut, namun dalam masa sama kita faham bahawa kita yang memasuki habitat mereka, jadi risiko itu perlu kita hadapi," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Surau At-Taqwa, Stesen Janakuasa Sultan Idris II Woh di sini pada Ahad.Hadir sama, Pembantu Hidupan Liar Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Mohamad Ainul Azlif Azman.Sabarodzi berkata, setakat ini, pihaknya telah membuka tiga kamera pengawasan hidupan liar milik Perhilitan bagi membantu operasi pencarian.Menurutnya, dua kamera diperiksa di Bukit Batu Putih pada Sabtu berjaya merakam imej mangsa, manakala satu lagi di Bukit Berapit pada Ahad tidak menunjukkan sebarang imej mangsa."Pasukan akan bergerak ke satu lagi lokasi kamera pengawasan di Gunung Rayu yang terletak kira-kira satu kilometer di luar trek utama di belakang gunung berkenaan."Keputusan rakaman ini akan diperolehi esok," katanya.Beliau berkata, lokasi kamera tersebut berada dalam kawasan Ulu Jelai di Lipis, Pahang, namun pemeriksaan tetap dilakukan bagi mengenal pasti kemungkinan mangsa tersasar dari laluan asal."Kita gandakan usaha untuk mendapatkan sebarang petunjuk. Jika ada tanda mangsa melalui kawasan itu, ia akan membantu kita menggerakkan operasi ke arah tersebut."Namun jika tiada, pencarian tetap akan diteruskan di kawasan sekitar termasuk lokasi yang belum diterokai," katanya.ARTIKEL BERKAITAN : Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanMengulas operasi di laluan Sungai Ayer Busok, beliau berkata, pemeriksaan yang dilakukan bersama pasukan SAR termasuk Perhilitan mendapati kawasan tersebut belum pernah dilalui sama ada oleh mangsa mahupun pasukan penyelamat sebelum ini.Katanya, kawasan seluas melebihi dua 'map square' berhampiran Kem Sukaneka telah disusuri sepenuhnya, namun setakat ini tiada sebarang penemuan diperoleh."Setakat ini, kawasan yang telah ditanda adalah negatif dan kita akan terus meneliti kawasan-kawasan lain yang berpotensi termasuk yang belum diterokai," katanya.Jaslinda Saludin, 49, dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan tersebut.Bagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi, Ahad lalu.
Go to News Site