Sinar Harian
SANDAKAN - Dua remaja perempuan ditemukan lemas ketika mandi di kolam kuari di Kampung Gum-Gum, Jalan Kuari 5 di sini pada Ahad. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, kedua-dua mangsa yang juga sepupu masing-masing berusia 17 dan 15 tahun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam dan pasukan bomba. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.31 petangMenurutnya, seramai tujuh anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 27 kilometer dari BBP Sandakan. "Komander operasi melaporkan insiden membabitkan dua mangsa perempuan yang dipercayai lemas ketika mandi di kolam kuari."Seorang mangsa berusia 15 tahun ditemui oleh orang awam, manakala seorang lagi mangsa yang merupakan kakak sepupunya ditemui oleh pasukan bomba bersama orang awam. Namun kedua-duanya dilaporkan tidak sedarkan diri," katanya ketika dihubungi Sinar Harian. Beliau berkata, kedua-dua mangsa dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut. "Maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya.
Go to News Site