Sinar Harian
GEORGE TOWN - Polis mengesahkan punca kematian pekerja lelaki warga asing yang ditemukan maut dalam kebakaran sebuah premis di Jalan Penang di sini adalah akibat terhidu asap.Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, hasil bedah siasat turut mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian tersebut."Hasil bedah siasat menunjukkan punca kematian mangsa adalah 'smoke inhalation' iaitu terhidu asap."Tiada unsur-unsur jenayah ditemui pada mayat mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Sebelum ini, dalam kejadian pada malam Sabtu, seorang lelaki warga Myanmar berusia 56 tahun ditemukan maut berhampiran pintu masuk hadapan premis berkenaan kira-kira jam 10.23 malam.Mangsa merupakan pekerja kepada kontraktor yang menjalankan kerja pengubahsuaian premis berkenaan untuk dijadikan restoran.Menurut laporan, bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 8.50 malam di Bangunan Odeon, sebuah premis kelas A dua tingkat dengan anggaran keluasan 50 x 300 kaki persegi.Kebakaran itu mengakibatkan kira-kira 70 peratus bangunan musnah.
Go to News Site