Collector
Krisis tenaga global jejaskan rakyat luar bandar | Collector
Krisis tenaga global jejaskan rakyat luar bandar
Sinar Harian

Krisis tenaga global jejaskan rakyat luar bandar

SHAH ALAM - Penduduk luar bandar kini semakin merasai kesan inflasi berikutan peningkatan kos pengangkutan susulan krisis tenaga global yang menyebabkan harga bahan api melonjak di pasaran.Rata-rata penduduk mengakui kos sara hidup yang semakin tinggi menjadikan kehidupan di luar bandar hampir menyamai kehidupan di bandar, apabila kebanyakan harga barangan menunjukkan peningkatan ketara.Seorang peniaga, Salimah Omar, 67, berkata, kebanyakan rakyat ketika ini memilih untuk berbelanja dengan berhemah kerana bimbang dengan ketidaktentuan bekalan tenaga."Sebagai peniaga kecil, saya memang rasai kesan krisis ini kerana jumlah pelanggan semakin berkurang. Keadaan ini memberi tekanan agak besar bagi kami yang bergantung pendapatan dengan hasil jualan."Harga makanan di luar bandar juga semakin meningkat sejak akhir-akhir ini tapi itulah situasi yang kami terpaksa lalui," katanya.Seorang pekerja swasta, Sharifah Nur Amiza Syed Ahmad Jalal, 27, berkata, dalam tempoh beberapa bulan ini, peningkatan harga barang menunjukkan kesan ketara, sekali gus membeban rakyat di luar bandar yang kebanyakan berpendapatan kecil."Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi ini mengakibatkan jumlah bantuan diberikan kerajaan tidak mencukupi. Jadi, dalam keadaan sekarang, kta harap kerajaan teliti semula bantuan yang wajar kepada rakyat yang terkesan teruk."Sekarang ini juga, kita tidak tahu lagi bagaimana dengan bekalan tenaga di pasaran, kalau ia semakin meningkat, saya tidak boleh bayangkan bagaimana rakyat hendak uruskan bebanan kos sara hidup," katanya.Seorang lagi peniaga, Akidi Ab Hamid, 56, berkata, harga diesel yang semakin tinggi di pasaran mengakibatkan kebanyakan harga barangan meningkat dengan ketara.Menurutnya, peningkatan harga barang harian berpunca daripada kenaikan harga bahan api yang mengakibatkan kos pengangkutan juga melonjak."Kesan daripada kenaikan harga diesel ini memang bagi kami sebagai peniaga amat terasa. Bayangkan hampir kesemua harga barang naik, keadaan ini memberi tekanan kepada kami," katanya.Dalam pada itu, peniaga, Zulkefle Ahmad, 51, berkata, dengan harga barangan yang semakin melambung di pasaran membuatkan perniagaannya kini semakin berdepan dilema.Ini kerana katanya, dia terpaksa berhempas untuk mengimbangi peningkatan kos dan dalam masa sama tidak mahu pelanggan terbeban."Jika krisis ini terus berlanjutan, saya tidak tahu berapa lama mampu bertahan untuk mengekalkan harga makanan. Sekarang ini, saya pilih untuk mengekalkan harga lama kerana bimbang pelanggan lagi."Bayangkan, hampir semua harga barangan kini naik mendadak termasuklah air mineral. Itu belum kira lagi barang-barang utama lain seperti sayu-sayuran. Kita harap krisis ini segera berakhir," katanya.Dalam pada itu, seorang lagi peniaga, Norhashimah Che Udin, 32, berkata, krisis tenaga global yang belum menunjukkan tanda-tanda akan berakhir ini boleh mengundang kenaikan harga barang tidak terkawal."Saya rasa sangat tertekan kos sara hidup. Kos sara hidup selepas perang antaran Iran, Amerika Syarikat (AS) dan Israel dan seterusnya membawa krisis di Selat Hormuz dan kini harga bahan api pula tidak menentu."Kita sebagai peniaga memang merasai perkara ini kerana boleh dikatakan hampir semua harga barang naik. Paling ketara ialah sayur," katanya.

Go to News Site